Menu sarapan pagi di Malaysia

Idea untuk entri ini ana perolehi dari perkongsian 'group whatsapp' kami sepupu-sepupu terdiri dari kalangan ibu-ibu.Hari-hari kami bertukar resepi masakan dari sarapan pagi hinggalah ke makan malam.Macam-macam idea yang kami kongsikan disamping menjalinkan silaturahim antara adik beradik.

Ok berbalik pada tajuk entri, sarapan pagi amat penting dalam memulakan aktiviti harian kita tak kiralah sama ada di rumah ataupun di tempat kerja.Malah untuk anak-anak ke sekolah juga perlu mengambil sarapan pagi supaya segar ketika sessi pengajaran dan pembelajaran berlangsung.Dibawah ini akan ana kongsikan beberapa menu sarapan pagi yang agak popular di tanahair kita Malaysia,khasnya orang-orang Melayu.

Roti bakar 


Roti bakar dan telur separuh masak

Mengancam tak??Kalau dah jemu makan makanan yang agak berat semasa sarapan,bolehlah cuba tukar selera dengan roti bakar di makan dengan telur separuh masak.Taburkan sedikit serbuk lada dan garam atau kicap.


Nasi kerabu

 

Nasi Kerabu

Nasi kerabu merupakan menu yang berasal dari negeri pantai timur.Nasi berwarna biru yang dimakan bersama ulaman seperti taugeh,daun selum,timun dan sebagainya.Dihidangkan pula dengan sambal serta kerisik serta sampingan lain seperti keropok,solok lada,daging bakar atau telur masin.

Nasi lemak


Nasi Lemak

Nasi lemak memang tak perlu diperkenalkan lagi di kalangan rakyat Malaysia.Antara yang menyedapkan sesuatu hidangan nasi lemak adalah keenakkan sambalnya.Ada yang menggemari sambal ikan bilis,sambal sotong,sambal kerang dan macam-macam lagi.

Roti canai


Roti canai banjir

Satu lagi menu kegemaran semua kaum di Malaysia ialah roti canai.Ana paling suka makan roti canai banjir.Lain-lain kategori roti canai ialah roti telur,roti sardin,roti boom dan sebagainya.

Kuewtiow goreng


kuewteow goreng

Selain dari kuewtiow, ramai juga yang menyukai mee atau mihun goreng sebagai sarapan pagi.

Terpulanglah pada individu untuk memilih sarapan pagi yang di gemari.Ada juga yang hanya makan kuih-muih atau roti sahaja untuk mengalas perut.Kadang kala makan yang terlalu berat dan kenyang boleh menyebabkan timbul rasa malas dan mengantuk.Apa sekali pun pastikan kita mengawal makan dengan sempurna supaya tidak mengganggu kesihatan dan prestasi kerja.Sekiranya makan sarapan di luar, pastikan restoran atau gerai yang bersih supaya terhindar dari segala keburukan.



~sekadar berkongsi menu sarapan pagi disini~