Sarapan Pagi di Malaysia
Menu sarapan pagi di Malaysia
Idea untuk entri ini ana perolehi dari perkongsian 'group whatsapp' kami sepupu-sepupu terdiri dari kalangan ibu-ibu.Hari-hari kami bertukar resepi masakan dari sarapan pagi hinggalah ke makan malam.Macam-macam idea yang kami kongsikan disamping menjalinkan silaturahim antara adik beradik.Ok berbalik pada tajuk entri, sarapan pagi amat penting dalam memulakan aktiviti harian kita tak kiralah sama ada di rumah ataupun di tempat kerja.Malah untuk anak-anak ke sekolah juga perlu mengambil sarapan pagi supaya segar ketika sessi pengajaran dan pembelajaran berlangsung.Dibawah ini akan ana kongsikan beberapa menu sarapan pagi yang agak popular di tanahair kita Malaysia,khasnya orang-orang Melayu.
Roti bakar
![]() |
Roti bakar dan telur separuh masak |
Mengancam tak??Kalau dah jemu makan makanan yang agak berat semasa sarapan,bolehlah cuba tukar selera dengan roti bakar di makan dengan telur separuh masak.Taburkan sedikit serbuk lada dan garam atau kicap.
Nasi kerabu
![]() |
Nasi Kerabu |
Nasi kerabu merupakan menu yang berasal dari negeri pantai timur.Nasi berwarna biru yang dimakan bersama ulaman seperti taugeh,daun selum,timun dan sebagainya.Dihidangkan pula dengan sambal serta kerisik serta sampingan lain seperti keropok,solok lada,daging bakar atau telur masin.
Nasi lemak
![]() |
Nasi Lemak |
Nasi lemak memang tak perlu diperkenalkan lagi di kalangan rakyat Malaysia.Antara yang menyedapkan sesuatu hidangan nasi lemak adalah keenakkan sambalnya.Ada yang menggemari sambal ikan bilis,sambal sotong,sambal kerang dan macam-macam lagi.
Roti canai
![]() |
Roti canai banjir |
Satu lagi menu kegemaran semua kaum di Malaysia ialah roti canai.Ana paling suka makan roti canai banjir.Lain-lain kategori roti canai ialah roti telur,roti sardin,roti boom dan sebagainya.
Kuewtiow goreng
![]() |
kuewteow goreng |
Selain dari kuewtiow, ramai juga yang menyukai mee atau mihun goreng sebagai sarapan pagi.
Terpulanglah pada individu untuk memilih sarapan pagi yang di gemari.Ada juga yang hanya makan kuih-muih atau roti sahaja untuk mengalas perut.Kadang kala makan yang terlalu berat dan kenyang boleh menyebabkan timbul rasa malas dan mengantuk.Apa sekali pun pastikan kita mengawal makan dengan sempurna supaya tidak mengganggu kesihatan dan prestasi kerja.Sekiranya makan sarapan di luar, pastikan restoran atau gerai yang bersih supaya terhindar dari segala keburukan.
~sekadar berkongsi menu sarapan pagi disini~
40 Comments
salam singgah. saya paling suka sarapan. sebab tidur semalaman perut kosong kan. bangun pagi terus minum energy booster pilihan saya, terus takda rasa lapar sangat dah nak melantak makanan yang tinggi kalori bagai tu. hehheheheheehe ^_^
ReplyDeletetq Umi Nazrah sudi singgah ke sini,wah diet sihat ni minum energy booster.
Deletewahh.. semua sarapan yg sedap2..hihi.. nt nk tukar roti bakar plak.. :)
ReplyDeleteok anizz annisa, pasni makan roti bakar telur separuh masak tu kay..
DeleteWah..sedapnya sarapan sis..boleh bg idea ni..W
ReplyDeleteerm kita kongsi2 idea Dee..haha
Deletewah leleh air liur ni tgk. liz kene mnuntut ilmu ni dr ibu ibu smua ni
ReplyDeletehaha ok dear Liyliz, cepat menuntut ilmu dengan ibu2 ..
Deletesedapnyaaaa....
ReplyDeleteapa yang sedap sangat tu mama..hehe
Deleteassalamualaikum sis :)
ReplyDeleteowh nak cubalah torti bakar fesyen pecah telur atas hahaha....nasi kerabu???pernah try makan di pagi hari tapi tak boleh huuh....
ok aleasara cuba nanti kay, mungkin tak kena dgn selera alea nasi kerabu tu agaknya...:)
DeleteAssalamualaikum kak ana, semuanya fav sheila. hehehe terliur *gulp*
ReplyDeletesheila singgah sambil klik tabung sini ~~~
Waalaikumsalam sheilaku sayang, rajin isi tabung ye,semangat skrg kak ana tgk..tq dear..
Deleteyang paling atas tu my fav tu..roti dangdut dipanggi...sgt marveles
ReplyDeleteIja Rased, kak ana tahu kenapa panggil roti dangdut,sebab telur tu goyang gerudi kan hehe..
DeleteRoti goyang tu..haih..meliuq air liuq tengok..hehee..pernah rasa roti goyang sedap kat Ipoh..tapi tak sure ape nama tempat dia..dekat dengan masjid kat Bnadar Ipoh tu..memang terbaik..hehee
ReplyDeleteMommy, selalunya kat kedai mamak ada jual kan, kak ana homemade je..hehe
Deletekadg2 duk pikir menu ari2 penin jugak kak..huhuh
ReplyDeletelast2 ulang balik benda yang sama, cuma kak ana nasi lemak memang jarang sgt ambik Sha...
Deletenasi kerabu tu utk sarapan ek. akak makan memalam dik. sebab beli kat pasar malam. hiksss..
ReplyDeletepun boleh wantie, tapi kat sini depa jual pagi je,pasar malam jarang ada jualnya.. ;0
Deleteehehe..kalau duk kg terengganu....pg malam senang...duk tempt org sesetgh tempt je ade.....:(
DeleteSelalunya disinipun pagi je jumpa Sha...malam kadang2 ada jugalah tapi jarang sngt...
DeleteHye, I'm a new blogger :) Salam perkenalan, Mohon singgah blog saya awksweetgitu.blogspot.com :)
ReplyDeleteok Muhammad Taufiq nanti kak ana dtang ye..tq singgah sini..
Deletesedapnya roti bakar dengan telur separuh masak tu. rasa nak ambik jer roti bakar kat atas tu.
ReplyDeleteHaha..ce cuba ambik ... bakar roti buh je telur separuh masak..jadilah ia..
DeleteEmm menu biasa ... jom ke johor, ada menu pagi namanya lontong
ReplyDeletebetul tu chegu, tapi kat sini kami makan lontong time raya je..hehe
Deletewaaaa semua tu makanan feveret saya hehe...
ReplyDeleteHye MissNick, semua feveret ye..satu hari satu menu ok??hehe
Deletedalam byk2 tu,akak nak nasi kerabu hehe..
ReplyDeleteOk siap..jap lagi ana anta ye kak Kamsiah..hehe
Deletesemua menu sedap2 ni.... nak follow sini tp x leh lah, nnti KA cuba lagi yer
ReplyDeleteSamalah KA..nanti kita cuba semula bila dah ok..
DeleteBestnye roti bakar tu! :)
ReplyDeleteVic: sedap nya kat telur goyang tu kan hehe
DeleteRoti bakar tu yang buat terliur tu 😊
ReplyDeleteSalam perkenalan
salam perkenalan buat kak long juga,terima kasih singgah disini
Delete