Pesta Buku Antarabangsa 2014

 

 

Sedang berlangsung sekarang di Pusat Dagangan Dunia Putra, Kuala Lumpur ialah acara tahunan Pesta Buku Antarabangsa, Kuala Lumpur.Bagi penggemar koleksi buku-buku disinilah tempat untuk kita menambahkan bilangan koleksi buku kita.Ana lebih cenderung untuk membeli buku-buku keagamaan dan seni kreatif.Anak-anak pula dengan koleksi novel-novel remaja mereka.Boleh dikatakan semua genre buku ada disini dan yang paling menarik di tawarkan dengan potongan harga.

Tahun ini ana belum berkesempatan lagi ke sini.In Syaa Allah sehari dua lagi sampailah dengan anak-anak.Kami selalunya pergi hujung minggu kerana walaupun agak sesak dengan khalayak ramai tetapi berkesempatan bersua muka dengan penulis-penulis buku serta banyak acara yang istimewa yang akan berlangsung.

Oleh itu, bagi yang tiada sebarang aktiviti sepanjang minggu ini, bolehlah ke PWTC bersama keluarga dan rakan-rakan.


~berkongsi info disini~