Tukar MyKad 18 Tahun
Pertukaran Mykad 18 tahun
Dua minggu lepas ana membawa anak sulung yang genap usianya 18 tahun untuk menukar Mykad barunya.Alasan pertamanya ingin menukar Mykad baru adalah untuk menukar gambar pada Mykad itu.Biasalah anak gadis remaja sekarang ni penting sangat mahukan foto yang cantik walaupun sekadar gambar pada Mykad.Menurutnya manalah tahu kalau-kalau ada rezeki nak sambung belajar di IPTA takkan nak guna Mykad foto darjah enam.Ikutkan sahajalah asalkan tidak salah disisi hukum dan undang-undang.Jabatan Pendaftaran Rawang
Jabatan Pendaftaran Rawang,Selangor |
Kami hanya ke Jabatan Pendaftaran Rawang, yang terletak di belakang Petronas Bandar Rawang,berhampiran Giant. Disini ana sertakan butiran alamat dan waktu urusannya:
Jabatan Pendaftaran Negara
Lot 526 & 527
Jalan Bandar Rawang 7
Pusat Bandar Rawang
48000 Rawang
Selangor
Tel: 03 - 6092 8486
Fax: 03 - 6092 8057
Office Hours:
Monday - Friday : 8.00 am - 5.00 pm
Lunch Break: Mon - Thursday : 1.00 pm - 2.00 pm
Friday : 12.15 pm - 2.45 pm
Urusan untuk menukar Mykad disini sangat mudah dan cepat memandangkan tidak ramai orang.Bayaran yang dikenakan ialah RM10 sahaja.Sebagai panduan bagi mereka yang ingin menukar Mykad atau pertama kali membuat Mykad,bagi kita yang bertudung perlu mengelakkan memakai tudung berwarna cerah kerana ianya tidak dibenarkan kerana seiras dengan warna latar belakang foto.Mujur anak ana memakai tudung berwarna gelap,selamatlah dia dengan fesyen tudungnya kerana sekiranya warna tudung yang cerah kita akan disuruh memakai tudung yang disediakan oleh pihak JPN iaitu tudung 'awning makcik-makcik' tu kata anak ana.
Selepas seminggu, kita hanya perlu melayari laman web JPN untuk menyemak status Mykad dan tidak sampai seminggu ianya telah sedia untuk di ambil di JPN.
~berkongsi info disini~
10 Comments
alamak kak, mama tak tukar lagi ni....
ReplyDeletemama..takkan guna mykad darjah enam lagi kut..hehehe
Deletethanx info kak ana.. :) anis pon nk tukar mykad baru nnti..
ReplyDeletewelcome dear...
DeleteBtul tuh kak ana..kalo pakai tudung cerah memg kne pakai tudung ala ala makcik yg disediakan
ReplyDeletehehe tulah yang anak dara kak ana tak nak sangat tu..biasalah ye anak2 remaja gambar mykadpun nak lawa..hehe
Deleteaahlah..kena tukar dah kan sekarang ni...
ReplyDeleteMykad baru ni zila yang ada bayang2 gambar kita tu..kalau tukar kena RM10 gak.. :)
Deletenoe itu hari pun dah tukar baru masa buat mykad tuk anak...
ReplyDeleteyelah kadang2 perkara sebegini kita kena ambil tahu jugakan..
Delete