Wang kertas diconteng

Tak faham ana kenapalah ada manusia di muka bumi ini yang melakukan sesuatu yang akibatnya menyusahkan orang lain.Beberapa minggu yang lalu abah ana menerima bayaran BR1M secara tunai, salah satu wang kertas RM50 yang diterimanya terdapat contengan seperti di atas di bahagian belakang dan langsung tidak disedari olehnya ketika menerima dari kaunter tukaran 'voucher'.Apabila hendak di belanjakan barulah di sedarinya kerana telah di tolak oleh ramai peniaga di pasar yang peka akan contengan itu.

Bagi orang yang sudah berusia seperti abah,walaupun hanya sekeping RM50 nilainya amat besar.Adik ana telah mengambil wang tersebut dan cuba menukarkannya semula di kaunter sebuah bank namun ianya juga tidak diterima oleh kerani kaunter.Ana cuba menanyakan pendapat beberapa orang rakan FB yang berkhidmat di institusi kewangan dan menurut mereka,wang kertas ini sepatutnya boleh di tukar di mana-mana bank dan mendapat nilai penuh,kecuali contengannya di muka YDP Agong atau no siri yang telah rosak akan mendapat nilai yang berkurangan.Mereka juga menyarankan supaya di tukar di kaunter Bank Negara Malaysia untuk urusan yang lebih mudah.

Ana teringat sebelum ini, suami ana pernah menukarkan sekeping wang kertas RM50 yang telah renyuk di dalam mesin basuh di kaunter Bank Negara Malaysia dan ianya dapat di tukar dengan mudah di sana.

Sesuatu yang menjadi kesalan ialah wujudnya sikap mereka di luar sana yang melakukan sesuatu perbuatan yang boleh menyusahkan urusan orang lain.Tak tahulah apa masalah manusia yang menconteng wang kertas sedemikian.Selain daripada itu pihak kaunter bank yang menyerahkan wang tersebut kepada abah juga tidak seharusnya bertindak sebegini kepada seorang warga emas.Begitulah kerenah segelintir manusia di atas muka bumi ini yang kadang-kala hanya mementingkan diri semata-mata tanpa ada rasa tanggung jawab sosial sesama manusia.

Namun dengan bantuan seorang rakan adik ana, wang tersebut telah di tukarnya di sebuah bank yang lain dan di pulangkan semula kepada abah.Apa yang ingin ana kongsikan disini, sekiranya berhadapan situasi sebegini bolehlah di tukarkan di kaunter Bank Negara Malaysia bagi yang tinggal berhampiran Kuala Lumpur.


~berkongsi kisah disini~