Muzium Diraja Seri Menanti

Muzium Diraja Seri Menanti

Dalam perjalanan dari Seremban ke Kuala Pilah, kita akan melalui bandar Seri Menanti.Berkesempatan lalu di bandar kecil ini, ana singgah ke sebuah lagi tempat menarik yang sering dikunjungi apabila berada di Negeri Sembilan iaitu Muzium Diraja Seri Menanti atau Istana Lama Seri Menanti.

Muzium Diraja Seri Menanti telah dibina pada tahun 1902 - 1905. Ia pada asalnya sebuah istana untuk keluarga Diraja Negeri Sembilan. Ia terletak di bandar Diraja Seri Menanti, kira-kira 50 km dari ibu negeri, iaitu Seremban.

Istana kayu lima tingkat ini telah dibina tanpa menggunakan sebarang paku atau skru. Tukang kayu pada masa itu menggunakan pasak kayu supaya istana akan dapat bertahan untuk jangka masa yang lama.

Ia juga menggunakan 99 tiang dari kayu balak yang kukuh, setinggi 65 kaki. Berwarna hitam, istana ini juga mempunyai motif bunga-bungaan yang mengindahkan lagi rupanya.

Para pengunjung boleh melihat pakaian, senjata, bilik tidur serta dokumen-dokumen keturunan diraja yang dipamerkan di muzium.


Bahagian belakang Muzium Diraja Seri Menanti

Istana lama ini teramat cantik senibinanya yang terdiri daripada ruang anjung,tengah dan terdapat laluan ke bahagian dapur atau belakang istana yang sungguh unik.Ruang pameran didalamnya mempamerkan pelbagai peralatan diruang-ruang istana seperti dapur, kamar tidur,pakaian dan ruang makan istana dan sebagainya.

Puncak menara Istana Seri Menanti
Kita berpeluang untuk menaiki hingga ke puncak paling atas istana lama ini, cuma tangganya sangat curam dan dari tingkap atas kita akan dapat melihat senireka taman di bahagian hadapan istana.


Pemandangan dari puncak Istana Seri Menanti

Ana kongsikan beberapa keping foto yang sempat dirakamkan sekitar Muzium Diraja atau Istana lama Seri Menanti.Didalam ruang pameran di dalam istana kita tidak dibenarkan untuk mengambil gambar.


Seni ukiran kayu di dinding Istana Seri Menanti

Pandangan dari sudut berbeza di Istana Seri Menanti

Peralatan Diraja yang dipamerkan di luar Istana Seri Menanti

Terdapat juga contoh petak sawah di sini

Bersebelahan Istana lama Seri Menanti atau Muzium Diraja Seri Menanti ialah Istana Besar Seri Menanti iaitu kediaman rasmi Yang Dipertuan Besar Negeri Sembilan.Berhampirannya juga terdapat Masjid Diraja Tuanku Munawir dimana kami singgah solat Asar disini.

Masjid Diraja Tuanku Munawir,Seri Menanti

Bersebelahan masjid ialah Makam Diraja Seri Menanti.

Makam Diraja Seri Menanti
Sekiranya berpeluang berada di Negeri Sembilan bolehlah singgah ke tempat-tempat menarik yang terdapat disini, menyusuri sejarah silam kegemilangan Kesultanan Melayu dan melihat pelbagai keunikan senibina tradisional Melayu dahulu kala yang sukar ditemui lagi dibandar-bandar metropolitan .

~berkongsi pengalaman disini~

20 Comments

  1. Terima kasih Kak Ana sebab kongsi tentang muzium ni..Banyak lagi tempat yang CP nak kena explore..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alhamdulillah kak ana akan cuba berkongsi sesuatu yang boleh memberi kebaikan kepada semua pembaca,melalui pengalaman peribadi kak ana dan keluarga..Insyaa Allah..

      Delete
  2. nape tak singgah rumah anis? dekat rembau..hihihi... gurau2.. bestkan dapat jalan2.. cuci2 mata.. :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. awek rembaulah anizz, ingatkan gadis jelobu..huhu

      Delete
  3. akak belum berpeluang menjejak kaki ke N9...

    ReplyDelete
    Replies
    1. belum rezeki kak kamsiah ke sini,Insyaa Allah mungkin masa akan datang sampai jua..

      Delete
  4. ya allah kak ana..bestnya pkongsian..tambahan istana menanti ni selalu saya google je..nampaknya satu hari kena mai sini :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Insyaa Allah nanti sobri boleh tengok sendiri depan mata keunikan Istana Seri Menanti ni..

      Delete
  5. cantik tempat nih
    tak pernah lagi sampai ke sana

    ReplyDelete
    Replies
    1. masukkan dalam wish list tempat yang ingin dikunjungi hehe..tq penaberkala

      Delete
  6. Ada rezeki memang mama anak ke sini, teringin nak tengok depan mata....

    ReplyDelete
  7. Lama dah tak ke N9. dulu di IPG Seremban .. teringat daging salai masak lomaknya

    ReplyDelete
    Replies
    1. haha memang membahang podehnya chegu daging salai lomak cili api..

      Delete
  8. Unik betul seni bangunannya yek Ana..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sangat unik Linda, suka sangat ana berada disini hari tu.

      Delete
  9. memang dekat sangat..sebab kampung husband kat pilah and sy stay seremban.kalau nak balik kampung memang lalu sin..lalu pintu gerbang luar tu je la..memang menarik kat sini..photoshoot outdoor wedding pun buat kat sini :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. kira otw lah kan Azhafizah, mesti cantik yr wedding foto tu..tq singgah..

      Delete