UiTM kampus Kuala Pilah


Hari pendaftaran di UiTM,Kuala Pilah

Dikesempatan ini, ana nak kongsikan pengalaman pertama kali ana menghantar anak untuk mendaftar di kampus UiTM Kuala Pilah.Semoga dapat memberi sedikit gambaran kepada anak-anak di masa akan datang dan juga ibu bapa seperti ana yang 'zero' pengalaman untuk menghantar anak ke ipta.

Kami bertolak seawal 6:15 pagi selepas selesai solat Subuh dari Rawang.Melalui Jalan Cheras menuju Lebuhraya Kajang-Seremban (LEKAS) mengambil masa kira-kira dua jam sampai ke destinasi iaitu bandar Kuala Pilah,Negeri Sembilan.Selepas singgah sarapan di sini, kami teruskan perjalanan ke kampus UiTM Kuala Pilah dan lebih kurang jam 9.00 pagi deretan kenderaan sudah mula sesak di pintu masuk utama kampus.

Deretan kenderaan dari pintu masuk utama

Sampai di sana, disambut oleh pelajar senior yang memberikan carta aliran untuk proses pendaftran.Selepas memakir kenderaan di tempat yang diarahkan, anak-anak diberikan no bilik kolej kediaman secara rambang mengikut kursus dan jantina.Kami terus ke blok kolej kediaman pelajar dan anak akan mendaftar nama disana.Selepas selesai urusan pendaftaran, bolehlah ibu bapa membawa masuk barang-barang anak ke bilik yang ditetapkan.Proses ini tidak begitu lama dalam masa lima belas minit telah selesai, munkin kerana kami antara yang sampai awal untuk mendaftar.

Ana sempat mengemaskan pakaian anak kedalam almari dan memasangkan cadar sambil berkenalan dengan rakan sebilik anak ana yang juga berasal dari Selangor.Alhamdulillah nampak serasi mereka berdua malahan lebih kurang sama citarasa dengan cadar berwarna 'pink' dan sama-sama membawa patung 'teddy bear' sebagai teman.

Kami keluar semula ke Giant di bandar Kuala Pilah untuk makan tengahari dan membeli lagi apa-apa keperluan anak termasuk mangga kunci untuk almari pakaiannya.Ibu bapa hanya dibenarkan berada di kolej kediaman sehingga jam 3.00 petang kerana selepas solat Asar nanti anak-anak diwajibkan bersedia untuk program Minggu Destini Pelajar selama seminggu.

Kami meninggalkan kak long dengan linangan airmata kerana ini merupakan kali pertama dia terpisah dengan ibu,ayah dan adiknya.Hanya Allah swt yang tahu perasaan ketika itu dan ana berpesan kepadanya semoga kuat dan tabah menjalani kehidupan disini dan Allah swt ada bersamanya serta doa ibu-ayah mengiringi setiap detik harinya.

Kampus UiTM,Kuala Pilah

 

 UiTM Kuala Pilah

Sedikit gambaran tentang kampus UiTM Kuala Pilah yang dapat ana kongsikan disini.Agak jauh ke dalam lebih kurang 7km dari bandar Kuala Pilah melalui ladang kelapa sawit.Kampus agak berbukit dan suasana sangat dingin dan tenang di waktu pagi ketika kami sampai.Diteduhi pohon-pohon yang hijau merimbun.



Disinilah Dengan IzinNya anak ana akan menuntut ilmu selama satu semester sebelum berpindah ke kampus tetap di UiTM Tapah.Fakulti Sains Gunaan terletak lebih kurang 1 km dari kolej kediaman pelajar.



Disediakan laluan jalan kaki berbumbung yang menghubungkan kolej kediaman pelajar ke bangunan fakulti.Terasa lega sedikit anak-anak tidak terkena panas dan hujan untuk berulang alik nanti.

Blok kolej kediaman pelajar di UiTM Kuala Pilah

Deretan bangunan blok kolej kediaman pelajar di sini, terdapat lebih kurang sepuluh blok kalau tidak silap ana disediakan untuk dihuni pelajar-pelajar sepanjang mengikuti pengajian disini.


Ditengah-tengah blok kolej kediaman pelajar ialah tempat makan atau kafetaria dan kedai-kedai keperluan lain.Di hadapan kafetaria ini terdapat sebuah surau.Turut disediakan di kampus ialah klinik dan mesin ATM untuk keperluan pelajar.


Diatas ini pula ialah sedikit gambaran didalam unit kediaman pelajar, dimana setiap unit mempunyai 3 bilik tidur dan setiap bilik dihuni oleh 2 orang pelajar.Memang selesa untuk anak-anak menetap disini dimana disediakan sebuah almari dan meja belajar.Unit kediaman juga mempunyai 3 bilik air dan tandas.

Semoga perkongsian ana disini dapat memberi serba sedikit gambaran untuk anak-anak yang bakal menghuni di kampus UiTM Kuala Pilah serta ibu bapa yang pertama kali akan menghantar anak untuk mendaftar ke sini suatu hari nanti.Yang baik semuanya dari Allah swt dan yang tidak elok itu datangnya dari kesilapan ana sendiri sebagai hambaNya.


~berkongsi pengalaman disini~