Hari Jumaat lepas kami ke Kuala Pilah lagi untuk mengambil anak dari Uitm sempena menyambut ketibaan Ramadan yang mulia.Seronok sangat kak long dapat balik rumah selepas sebulan bergelar siswi disana.Alhamdulillah hari Ahad, Ramadan pertama dapat kami bersama dan memandangkan kelas hanya akan bermula jam 10:30 pagi Isnin, ayahnya bersetuju untuk menghantar semula kak long selepas waktu bersahur.

Pagi Isnin selepas selesai bersahur dengan nasi goreng kampung, kami bertolak dari rumah lebih kurang jam 5:30 pagi.Singgah solat Subuh di surau hentian plaza tol Kajang dan meneruskan perjalanan ke Kuala Pilah.

Lebuhraya Lekas(Kajang-Seremban)


Lebuhraya Lekas (Kajang-Seremban)

Seperti biasa ana memilih untuk melalui Lebuhraya Lekas dari Kajang menuju ke Kuala Pilah.Memandu kenderaan di lebuhraya ini memang selesa kerana tidak banyak kenderaan melaluinya.Lebuhraya Lekas mempunyai 5 plaza tol untuk keluar bermula masuk dari plaza tol Kajang Selatan, Semenyih, Pajam, Mantin dan kami keluar di plaza tol Setul dengan kadar bayaran RM4.90 untuk kereta.Kemudian dikenakan bayaran di plaza tol Ampangan sebanyak RM1.90 dan dari sini kita boleh menuju Seremban atau Kuala Pilah.


Lebuhraya Lekas (Kajang - Seremban)

Dari plaza tol Ampangan lebih kurang 10km ke bandar Seremban dan lebih kurang 29km ke Kuala Pilah,jarak ana kurang pasti sangat.Untuk sampai ke Kuala Pilah kita akan melalui Hutan Lipur Ulu Bendul dan bandar Seri Menanti sebelum sampai ke destinasi.


Kuala Pilah

Alhamdulillah lebih kurang jam 8:30 pagi kami selamat sampai ke Uitm Kuala Pilah dan selepas berehat sejam, kami meneruskan semula perjalanan pulang ke Rawang.Ana bergilir memandu dengan suami kerana memang agak mengantuk sepanjang perjalanan kali ini.Cuma agak kurang selesa di hentian R&R di Lebuhraya Lekas iaitu memang sangat sunyi dan tiada aktiviti perniagaan disini.Cuma ada tandas awam dan jika hendak berhenti pun bimbang keselamatan keluarga kerana tidak ramai orang disini.


~berkongsi pengalaman disini~

18 Comments

  1. Saya pun kalau balik Muar suka lalu Lekas. Untung kak long dapat Mak Ayah penyayang camni

    ReplyDelete
    Replies
    1. ye ke Sal, oklah jalan tu tak sibuk sangat kan..Alhamdulillah anak kak ana dua orang je semampu yang boleh kami lakukan demi anak2 Sal..

      Delete
  2. brapa umo kak long,18 kan? besh la dia dpt berpuasa kt rumah..jeles2..huhu

    ReplyDelete
    Replies
    1. haah Thiqi, 18 tahun,pertama kali berjauhan dengan ibu ayahnya,tak lama lagi thiqi baliklah ke tanahair..Insyaa Allah dengan kejayaan kak ana doakan..amin.

      Delete
  3. Betul tu kak, Kalau mengantuk baik tukar driver. If tak ada dirver tambahan mungkin kena take 5 di RNR.
    Kita minum duluuuu

    ReplyDelete
    Replies
    1. ya Fuza, kak ana kalau malam fail sikit nak drive sebab mata silau cahaya kereta, siang tu Insyaa Allah..

      Delete
  4. Kasih ibu dan ayah. Memberikan yang terbaik untuk anak. :) CP klik VW Jetta untuk kak ana pagi ni

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sedaya mungkin CP, tq tq..wah beli VW untuk raya ke? hehe

      Delete
  5. Best dapat berkumpul semua lebih2 lagi bulan ramadhan... Syok Klong dapat bersahur dan berbuka di rumah walau sehari... :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alhamdulillah Nrl dapat lah sehari,kak ana belum berkesempatan balik Teluk Intan lagi Ramadan ni..

      Delete
  6. Dah nama pun anak kan kak...apa.pun kita sgup

    ReplyDelete
    Replies
    1. macam tulah mimi,selagi ada daya upaya kan kita penuhi hasrat mereka,semoga anak2 kita menjadi anak2 yang soleh dan solehah amin.

      Delete
  7. Wah bestnya dah ada anak remaja... anak saya yg sulung pilun baru 7 tahun... hm...

    ReplyDelete
    Replies
    1. erm besar2 dah anak kak ana Nora, tak pe tak lama lagi besarlah anak nora tu..hehe

      Delete
  8. Replies
    1. Sha, kak long seronok lah dapat balik lambat, ibu ayah punyalah ngantuk sepanjang perjalanan hehe..

      Delete
  9. Replies
    1. Suki kalau tak ada aral macam trafik jem, dua jam Insyaa Allah boleh sampai, kak ana singgah Subuh dan jem gak sebelum kajang tu,lewat sikitlah sampainya..

      Delete