Sepanjang bulan Ramadan yang mulia ini, ana pasti setiap rumah saudara muslimin muslimat pasti ada bekalan buah kurma untuk dimakan ketika sahur dan iftar.Menghidupkan amalan sunnah Baginda Rasullullah saw disamping khasiatnya yang sangat bagus untuk tubuh badan.Selain dari dimakan begitu, hari ini ana kongsikan dua jenis menu yang pernah ana sediakan untuk juadah iftar, iaitu jus buah kurma dan agar-agar buah kurma.Resepi yang sangat mudah dan sesuai dimakan sejuk.

Jus kurma


Jus buah kurma

Beberapa biji buah kurma (ikutlah banyak mana yang dikehendaki),buangkan bijinya,kemudian direbus hingga lembut,kemudian di kisar dalam blender hingga hancur.Tapis jusnya dan campurkan dengan sedikit gula jika kurang manis.Jika terlalu pekat campurkan sedikit air sejuk.Masukkan ketulan ais batu atau sejukkan dalam petisejuk.Siap untuk diminum.Ada juga dikalangan rakan ana yang mencampurkannya dengan susu cair.Bolehlah kita ubah suai mengikut citarasa masing-masing.

Agar-agar buah kurma


Agar-agar buah kurma

Sama proses seperti jus kurma, buang biji buah kurma dan rebus hingga lembut.Tapiskan jusnya.Didihkan sebungkus agar-agar kering, masukkan gula (ikut rasa), jus buah kurma dan masukkan secawan santan pekat serta secubit garam.Untuk aromanya bolehlah letakkan sehelai daun pandan.

Bila mendidih,keluarkan daun pandan dan tuangkan ke dalam loyang dan sejukkan.Lebih enak dimakan selepas disejukkan didalam peti sejuk.Selamat mencuba.


~berkongsi resepi disini~