Menu Buah Kurma
Sepanjang bulan Ramadan yang mulia ini, ana pasti setiap rumah saudara muslimin muslimat pasti ada bekalan buah kurma untuk dimakan ketika sahur dan iftar.Menghidupkan amalan sunnah Baginda Rasullullah saw disamping khasiatnya yang sangat bagus untuk tubuh badan.Selain dari dimakan begitu, hari ini ana kongsikan dua jenis menu yang pernah ana sediakan untuk juadah iftar, iaitu jus buah kurma dan agar-agar buah kurma.Resepi yang sangat mudah dan sesuai dimakan sejuk.
Jus kurma
Jus buah kurma |
Beberapa biji buah kurma (ikutlah banyak mana yang dikehendaki),buangkan bijinya,kemudian direbus hingga lembut,kemudian di kisar dalam blender hingga hancur.Tapis jusnya dan campurkan dengan sedikit gula jika kurang manis.Jika terlalu pekat campurkan sedikit air sejuk.Masukkan ketulan ais batu atau sejukkan dalam petisejuk.Siap untuk diminum.Ada juga dikalangan rakan ana yang mencampurkannya dengan susu cair.Bolehlah kita ubah suai mengikut citarasa masing-masing.
Agar-agar buah kurma
Agar-agar buah kurma |
Sama proses seperti jus kurma, buang biji buah kurma dan rebus hingga lembut.Tapiskan jusnya.Didihkan sebungkus agar-agar kering, masukkan gula (ikut rasa), jus buah kurma dan masukkan secawan santan pekat serta secubit garam.Untuk aromanya bolehlah letakkan sehelai daun pandan.
Bila mendidih,keluarkan daun pandan dan tuangkan ke dalam loyang dan sejukkan.Lebih enak dimakan selepas disejukkan didalam peti sejuk.Selamat mencuba.
~berkongsi resepi disini~
30 Comments
menarik jugak resepi agar-agar kurma tu..tak pernah lagi dengar orang buat..
ReplyDeletesinggah isi tabung kak ana
Tq sal, nanti cubalah ye .
DeleteED suka ratah kurma begitu sahaja.... Zlurppp!!
ReplyDeletesedap gak tu Ed,memang berkhasiat kan makanan sunnah ni..
Deletebanyak dpat kurma tahun ni..
ReplyDeletekalau setakat nak mkan mcm tu je.. memng bayak x hbis.
bgus juga pelbagaikan menu kurma
betul tu sobri memang rezeki banyak buah kurma di rumah setiap tahun kan
DeleteWah ! Kat rumah dayah berkotak-2 stok buah kurma untuk sepanjang puasa ni . Tp makan time berbuka and sahur . Rasanya blh la try buat puding kurma tu kan . Jenuh nak habiskan . Bnyk kotak . hehehe
ReplyDeletesamalah dayah, kadang-kadang habis Ramadan masih ada lagi buah kurma ni, jom kita pelbagaikan resepinya..
DeleteMenarik..xpernah dgr, tp blh la cuba klu inginkan kelainan dlm menu bbuka..
ReplyDeletecuba kay izzeyda,mungkin kena dengan selera pula,
DeleteSedap nampak agar agar tu....
ReplyDeletelebih kurang agat2 santan biasa Ozie, gantikan gula merah dengan jus kurma sahaja.
Deletetak pernah terpikir kurma boleh buat jus n agar-agar, nice for sharing sis..dah takde idea nak buat apa utk berbuka..lepas ni boleh la cuba =)
ReplyDeleteAlhamdulillah Hajar, semoga memberikan sedikit idea buat menyediakan juadah iftar..
DeleteSedapnya agar-agar kurma. Sambil jamu mata sambil klik untuk kak ana.
ReplyDeleteSejuk je masuk tekak kan CP..tq vm klik2 utk kak ana..
Deletejus kurma rasanya saya pun nak cuba buat juga.. Nak try kelazatan jus kurma. Terima kasih Ana kerana berkongsi.
ReplyDeleteAlhamdulillah shameel, boleh cuba memang sedap dan berkhasiat makanan sunnah ni.
DeleteMenarik untuk dicuba.. ;)
ReplyDeleteMA: ada kesempatan cubalah ye..
Deletesejuk saja rasanya tekak bila minum jus kurma. tambahan pulak cuaca panas..elok di cuba ni..
ReplyDeletememang sejuk kakyon bila tambah ais batu..hehe
Deletesebenanrnya buah kurma nih boleh di pelbagaikan kak
ReplyDeletebetul tu mimi..kita ubahsuai je resepinya..
Deletemudah dan senang. plus boleh pelbagaikan citarasa. antaranye jus lah paling ohsem. kenyang pun kenyang
ReplyDeletekan white lily...sedap rasanya..
DeleteMenarik juga. Nanti boleh Cuba. Kekdg tu nk jugak tukar selera kan...
ReplyDeleteInsyaa Allah, cubalah untuk kelainan sekali sekala..
DeleteKak Ana saya suka blend buar kurma dengan susu segar memang terangkat habis
ReplyDeleteok, aRz masih ada stok kurma nnt kak ana cuba lak blend dengan susu segar..
Delete