Salam Jumaat
Hari ini Jumaat 13hb Ramadan 1435, sedar tak sedar dah 13 belas hari Ramadan berlalu.Sehari dua lagi berkumandanglah lagu Hari Raya di corong-corong radio.Masing-masing kita makin sibuk membuat persiapan khasnya untuk anak-anak yang utamanya.Ikutlah kemampuan masing-masing , tepuk dada tanya poket.Masjid dan surau makin kurang jemaah Terawihnya.
Dua hari lepas, dunia Islam kembali bangkit semangat mengutuk kekejaman Israel membunuh saudara kita di Gaza.Profil-profil facebook kembali menyatakan sokongan kepada rakyat Palestine.Pelbagai poster bertaburan di dinding-dinding media sosial.Malah yang paling menyayat hati bila wajah anak-anak kecil yang tak berdosa menjadi mangsa kekejaman mereka.Allahu Akbar.
Apakah yang dapat kita lakukan selain dari berterusan berdoa agar Allah swt memberikan kekuatan kepada mereka yang terus-terusan di tindas dan dizalimi.Kisah penderitaan mereka bukan bermusim,ia akan berlaku dan terus berlaku setiap hari-hari yang mendatang.
Bersamalah kita kuatkan tekad, berjihad dalam hati supaya terus-terusan memboikot produk-produk yang terang-terang milik Yahudi selagi termampu.Janganlah apabila Palestine di bom semangat kita kuat dan bila ianya kembali tenang, kita kembali lupa akan nasib yang ibarat telur dihujung tanduk mereka disana.
Sekadar pendapat peribadi di hari Jumaat yang indah ini untuk dikongsi bersama.Selamat menjalani ibadah puasa dan semoga Ramadan kali ini lebih baik dari yang terdahulu.
20 Comments
Betul tu sedar tak sedar dah 13 Ramadhan sekejap jer...masa berlalu.
ReplyDeleteYa Allah ya tuhan kami lindungilah penduduk2 Palestine. Amin..
Amin..selamat meneruskan ibadah Ramadan Mrs A
Deletebetul tu..boikot jangan bermusim.kena istiqamah.
ReplyDeletesepatutnya macam tulah Sal..
DeleteSalam jumaat. Semoga Allah kabulkan semua doa kita....
ReplyDeleteAmin. Ozie
Deletesekejap je kan dh 13 ramadhan... hurmm.. sedih tengok kekejaman israel laknatullah tu.. :( semoga penduduk palestin kuat..
ReplyDeletehari ni dah 14 Ramadan Anizz, amin.
DeleteSangat kejam.. doa buat Palestine
ReplyDeleteAmin.
Deletesalam jumaat..
ReplyDeletepray for gaza kak ana :P
Amin. Sobri..
DeleteHanya doa yang mampu kita utuskan. Semoga saudara kita disana tabah memperjuangkan tanah air mereka
ReplyDeleteAmin.. CP
DeleteSemoga Allah Taala melindungi saudara-saudara kita di Gaza..amin
ReplyDeleteAmin.. CZ
DeleteInsyaALLAH,smoga ALLAH sentiasa menjaga rakyat palestine serta umat islam sluruh dunia..
ReplyDeleteAmin..tq SZ
DeleteSemoga doa-doa kita tidak putus untuk saudara kita di Gaza
ReplyDeleteAmin, Insyaa Allah
Delete