Jauh Dari Cinta

Drama bersiri-Jauh Dari Cinta

Semalam berakhirnya siri drama Jauh Dari Cinta di Astro Prima dan Maya HD.Adaptasi dari novel tulisan Adah Hamidah menggandingkan Anzalna Nasir dan hero baru Hafizul Kamal disamping pelakon-pelakon pembantu Shera Ayob, Nas-T dan lain-lain.

Sinopsis Jauh Dari Cinta

Nysa Sakinah (Anzalna) adalah adik angkat Aqil Farish (Hafizul Kamal) semasa mereka di universiti.Aqil mempunyai teman wanita bernama Sara Lilyana (Shera Ayob).Selepas beberapa tahun keluarga Aqil merancang untuk menjodohkan Aqil dengan Nysa.Walaupun dipermulaannya Nysa menolak pertunangannya dengan Aqil namun akhirnya mereka dijodohkan juga atas kehendak keluarga.

Awal perkahwinan ,Nysa sangat tertekan dengan sikap dingin Aqil terhadapnya yang cuma menganggap Nysa sebagai adik.Nysa mengambil keputusan untuk melakukan apa sahaja supaya Aqil dapat kembali kepada Lily sehingga berpura-pura hilang ingatan serta sanggup dimadukan dengan Lily.Kehadiran Lily semula dalam hidup Nysa dan Aqil menimbulkan pelbagai konflik dalam jiwa Nysa.

Episod akhir Jauh Dari Cinta

Semalam episod akhir drama siri Jauh Dari Cinta ini di Astro Prima dan Maya HD.Pengakhiran yang berpihak kepada Nysa apabila akhirnya Lily mengalah dalam percintaannya setelah dia mulai sedar bahawa Aqil sebenarnya lebih menyintai Nysa dari dirinya.Sebuah 'happy ending' apabila Nysa dan Aqil memulakan kebahagiaan dalam hubungan rumahtangga mereka semula.





Permulaan siri ini agak perlahan dan mula-mula sukar juga memahami konflik pada watak Aqil lakonan Hafizul, mungkin kerana dia pelakon baru.Namun seperti biasa Anzalna sangat berjaya menghayati watak Nysa Sakinah dengan ekspresi wajah yang berjaya mengajak ana untuk terus mengikuti episod demi episod hingga ke akhir.Satu lagi yang sangat menarik ialah gaya fesyen muslimah yang dipakai oleh Anzalna sangat cantik sepanjang tontonan drama bersiri Jauh Dari Cinta ini.

~sekadar berkongsi pandangan ~

kredit foto dan info drama dari InfoTaip.blogspot.com

20 Comments

  1. Salam Jumaat, K Ana...
    Nurul x layan pulak citer ni... dah abih pun yee...
    Suka tengok Anzalna tu... :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Habis dah Nurul, kalau timingnya sesuai kak ana rajin gak layan drama siri ni,memang cantik Anzalna dalam drama ni.. :)

      Delete
  2. jie xprnh pun tonton cter ni,mungkin siaran di astro kot..huhu

    ReplyDelete
    Replies
    1. Haah Jie, siri ni di astro prima dan mayaHD

      Delete
  3. assalam.. datang sini follow n bg duit raya kat nuff :)
    selamat hari raya

    ReplyDelete
    Replies
    1. terima kasih Mohd Billy, nanti kak ana jejak semula ye..tqvm :)

      Delete
  4. wahh kak ana layan cite nie eh.. anis mse bulan pose ari tu layan jugak.. xtau semalam episod last..huhu.... anis menabung sini ye kak ana :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. tq my dear Anizz, kakak awak ni rajin gak layan drama bersiri ni..hehe

      Delete
  5. cntik sgt anzalna bertudung dlm ni.

    ReplyDelete
    Replies
    1. cantik kan suezen, kak ana suka tengok dia dalam siri ni..:)

      Delete
  6. manisnya anzalna bertudung. sebenarnya akak minat kat anzalna ni..tapi selalu sngt berita negetif dri media buat terbantut minat akak..

    ReplyDelete
    Replies
    1. cantik kakyon dengan busana muslimah yang manis2.. terbantut lak minat kakyon ye hehe

      Delete
  7. komputer akak problem hari ni..dia asyik lari-lari je masa buat komen..ada salah masuk komen tak tadi? Anyway, agak jarang menonton TV, tapi sesekali tengok juga

    ReplyDelete
    Replies
    1. tak ada Zila, ok je komen Zila disini.. sesekali ada kesempatan kita layanlah jugak kan..:)

      Delete
  8. saye tengok episod akhir je cite ni.. macam best kak

    ReplyDelete
    Replies
    1. lagi best MM terus tengok last episod ye..ok..best jugaklah..

      Delete
  9. Mrs. A sekejap tengok, sekejap tak citer ni..
    Dah! habis? Takdelah panjang sangat episodnya ya...

    ReplyDelete
    Replies
    1. habis dah Mrs.A..dia stop sekejap time raya seminggu tu kalau tak salah kak ana.. :)

      Delete
  10. memg best citer nih kak...sy dh bce novel die..

    ReplyDelete
    Replies
    1. memang agak menarik juga Mimi, kak ana sekarang ni kurang dah mengadap novel, lebih gemar menonton di slot tv sahaja..

      Delete