Selamat Pengantin Baru buat Hafiza dan Hafiz, puteri sulung kepada Kak Ani dan Chef Abang Lan, yang merupakan kawan rapat kami.Majlis telah berlangsung dengan meriahnya pada 9hb Ogos 2014 yang lalu di Taman Bayu Permai, Rawang,Selangor.

Selamat pengantin baru Hafiza & Hafiz

Sebelum ini ana pernah kongsikan majlis pertunangan Fieza di DISINI yang telah berlangsung bulan Februari 2014 yang lalu.Alhamdulillah kini mereka telah selamat diijab kabulkan dan semoga ikatan cinta ini akan terus bersemi hingga ke Jannah.. Amin.


Berseri wajah kedua mempelai

Majlis yang indah dan meriah ini dihadiri oleh sanak saudara dan rakan-rakan dengan dijamu hidangan yang disediakan oleh rakan-rakan chef dari Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) tempat dimana ayahanda Fiza bekerja.Pasti semua juadahnya sangat enak dan meriah dengan pelbagai cenderahati yang disediakan sendiri oleh ibu pengantin, Kak Ani yang sangat kreatif.Dari bakul telur yang dianyam dari kertas hinggalah bunga-bunga telur yang dibuatnya sendiri.Berikut ana kongsikan beberapa keping foto sekitar majlis.

Pelamin tersergam indah dengan tema warna hijau putih


Kek pengantin dari Riverside,PWTC

Sebahagian dari probs untuk majlis

Bacaan doa dari adik lelaki pengantin, Fazley..

Adinda-adinda pengantin dengan 'flower crown' yang cun melecun

Isteri-isteri Chef ,Kak Nora & Kak Aini (BFF ana lah ni..)

Sekali lagi ana doakan semoga kedua pengantin sentiasa didalam Rahmat dan kasih sayang Allah swt dan bersama membina mahligai hingga hujung nyawa.Amin.


~berkongsi kasih sayang disini~