Disini segalanya bermula, di rumah pusaka arwah datuk dan opah inilah ana dibesarkan dan mengenal erti kehidupan.Rumah pusaka ini semakin di mamah usia namun seluruh hidup ana, ia menyimpan seribu satu kenangan sepanjang hayat.

Hari ini ana kongsikan kuntuman-kumtuman segar yang menghiasi rumah usang kami, yang mengindahkan halaman kami, yang menyerikan pandangan kami.Dari semasa arwah opah masih ada lagi, keliling rumah ini ditanam dengan pelbagai jenis pokok-pokok bunga dan buah-buahan kerana itulah hobinya.Kini mak dan mak saudara ana yang mewarisinya dan menjaga dengan penuh kasih sayang tinggalan arwah opah.Bukan harta wang ringgit atau emas permata tetapi pohon-pohon disekelilingnya.

Disinilah setiap kali cuti panjang, musim perayaan atau kenduri kendara kami semua akan berkumpul.Suasana yang sangat kami nanti-nantikan sentiasa. Sebelum ini pernah ana kongsikan sebuah entri musim buah-buahan di sini.Kepulangan sempena Aidil Adha lalu tiada musim buah-buahan jadi ana kongsikan kuntuman segar di sekitar rumah pusaka kami.



 Bunga alamanda coklat dan pokok-pokok buah naga hasil tinggalan arwah bapa saudara ana.

pohon akar dani yang harum mewangi

Tapak kuda yang masih menjalar di hadapan rumah











Pokok ceri kampung nilah tempat kami lepak petang-petang.Jika dahulu buah ceri ini pun jadi kudapan.Ada sesetengah foto-foto di atas pernah ana kongsikan di Instagram kerana ketika pulang Aidil Adha lalu tidak teringatpun nak ambil gambar pokok-pokok bunga, sibuk dengan aktiviti makan minum dan berbual sakan.


~berkongsi keindahan alam disini, dari kampung halaman ana~