Pokok Oregano
Pokok Oregano
Inilah rupa pokok daun Oregano yang sering kali kita gunakan dalam masakan Barat seperti spaghetti belognese misalnya. Ana pun pertama kali melihatnya kerana selalunya ana menggunakan oregano kering yang dibeli di pasaraya untuk dijadikan bahan masakan.
Pokok Oregano ini ialah pemberian dari Adik Ika untuk ibunya ketika dia menyertai kegiatan luar di MARDI baru-baru ini. Adik Ika merupakan salah seorang peserta yang mewakili sekolahnya dalam satu pertandingan Pencinta Alam dan Alhamdulillah telah menang sebagai Juara Peringkat Kebangsaan. Pihak MARDI menghadiahkan tiga jenis pokok untuk dipilihnya dan Adik Ika memilih untuk mengambil pokok Oregano ni sebagai hadiah buat ibu katanya.
Sebenarnya ana tahu kenapa dia memilih pokok Oregano ni, ialah kerana dia memang suka sangat makan spaghetti tak kiralah Carbonara ke Belognese ke atau segala jenis pasta memang kegemaran anak ibu seorang ni. Bila dah ada pokok ni bolehlah digunakan dalam masakan kelak, cuma daun oregano yang ingin dimasukkan dalam masakan biasanya dikeringkan terlebih dahulu.
Dari pembacaan di laman-laman web , daun Oregano ni mempunyai banyak khasiatnya juga. Namun ana tidak pernah menggunakannya untuk kegunaan lain kecuali ketika memasak spaghetti sahaja. Waallahu a'lam.
Khasiat dan kegunaan Oregano :
Bahagian yang paling banyak digunakan adalah daunnya samada dalam bentuk segar atau dikeringkan. Akar dan buahnya juga ada kegunaan terutama dalam perubatan herba. Daun segar oregano boleh dimakan sebagai pembuka selera. Ia juga digunakan dalam pembuatan kebab, perisa, penghias masakan dan perencah makanan. Daun oregano yang dikeringkan banyak digunakan sebagai perisa untuk biskut, lauk (daging dan ikan), salad, sup dan teh. Minyak daripada daun dan buahnya digunakan sebagai perisa untuk jeruk, daging, sos dan sosej. Akarnya boleh dimakan sebagai sayuran.
Daun oregano yang ditumbuk boleh merawat bengkak, lebam, luka kecil, terseliuh dan bisa gigitan serangga. Ia juga boleh ditampal pada payudara untuk menghentikan pengeluaran susu ibu. Estrak oregano didapati mampu untuk menyembuhkan infeksi telinga, meredakan demam, batu karang, memulihkan otot rahim, merangsang dan melancarkan haid, mernagsang pengeluaran susu ibu, merawat darah tinggi dan sakit perut, Daunnya mengandungi antiseptik, expectorant dan antipasmodik. Daunnya yang segar dikunyah untuk menghilangkan bau nafas yang kurang menyenangkan dan boleh menjaga kesihatan kulit.
Kredit Sumber : http://adrydaud.blogspot.my/2010/08/oregano.html
36 Comments
singgah pg
ReplyDeleteterima kasih NH :)
DeleteSedap bau daun ni Ana..
ReplyDeleteFida yang kering tu macam kuat sikit baunya dari yang segar ni kan :)
DeletePernah masuk daun bangun2 dlam sos masakkan untuk ganti oregano kering yang kehabisan di pasaraya.
ReplyDeletedaun bangun-bangun tu ada yang kata sama dengan oregano ni kan kak Mala, tadi ana ada terbaca di blog semasa mencari info tentang pokok oregano ni :)
Deleteowhh..sekali imbas bentuknya macam daun pegagalah kak ana..betul PC cuma pernah tengok yang kering je..
ReplyDeleteadalah iras-iras sikit PC tapi daunnya berkilat dan tebal dari pegaga dan tumbuh macam pudina tu :)
DeleteWah dapat pokok terus. Saya selalu guna yang kering ja.. Mesti pasta lagi sedap dengan daun oregano yang fresh.
ReplyDeleteentahlah cik T , sama je rasanya hihi :)
Deletebestnye.. biasa beli yg dalam botol je.. kalo fresh mmg lagi sedap! 😁
ReplyDeletesebelum ni pun Iz, kak ana gunakan yang dalam botol tu juga, harap2 lah pokok ni bertahan lama ye hihi :)
DeleteLama x masak spaghetti..
ReplyDeletejom sha masak spaghetti minggu ni meh ambik daun oregano kat rumah kak ana ni haha :)
Deletesedapnye carbonara..hhi
ReplyDeletedapnya kann :)
DeleteAda rupa macam pokok duit-duit sikit
ReplyDeletehihi ekceli lebih kurang macam daun pudina tu Mrs A :)
DeleteByknya khasiat pokok ni..
ReplyDeleteUntunglah siapa yg tanamm...
banyak khasiat rupanya kan, In Shaa Allah semoga bermanfaat buat penanamnya kelak :)
DeleteIngatkan daun pegaga kak ana. Rupanya daun oregano. Tak pernah lagi mencuba masukkan dalam masakan.
ReplyDeletehihi pegaga menjalar ain, selalunya digunakan dalam masakan Itali ain macam pasta semua tu :)
DeleteSA pun suka bau oregano ni kak tp mak SA x suka..hehehe
ReplyDeleterasa macam tak ketara sangat bau nya kan SA :)
DeleteTak pernah tengok pokok origano depan2 :)
ReplyDeleteoo nani selalu tengok belakang2 ye hihi :)
Deleteoh ini pokoknya selalu beli dlm botol dah hihi
ReplyDeletehaah Suki, inilah rupa parasnya hihi :)
Deletebiasa pakai yang kering je dalam botol..hari tu tengok mangkuk tingkat bersama ili dia guna daun fresh..
ReplyDeleteoo ye Mar, daun fresh ni kak ana tengok kurang sikit bau dia berbanding yang kering tu :)
DeleteComel daun pokok oregano tu...
ReplyDeleteKan zumal :)
DeleteTak pernah tgk pun pokok dia..selalu tgk yang dlm pakek je..banyak jugak yer benefit dia..
ReplyDeletehaah Afidah, selalunya yang kering tu kan :)
DeleteChef selalu guna yang segar. CP beli yang kering je tak pun serbuk.
ReplyDeletehaah kan CP dalam tv tu selalu gak kak ana tengok :)
Delete