Laman Seni S7,Shah Alam

Lukisan mural di Laman Seni Seksyen 7 ,Shah Alam

Menerusi aktiviti rutin kita sebagai blogger iaitu 'blogwalking', banyak perkongsian dan pengetahuan yang dapat kita perolehi selain dari mengenali blogger-blogger lain.Dari siri 'blogwalking' yang ana lakukan di setiap kesempatan masa yang terluang , ana mengetahui kewujudan tempat ini, Laman Seni Seksyen 7, Shah Alam.Sebuah lokasi yang sangat menarik untuk di kunjungi khasnya anak-anak remaja kita yang gemar 'berselfie' di samping melihat hasil seni mural dalam pelbagai bentuk dimensi yang menakjubkan.

Lokasi Laman Seni,Seksyen 7,Shah Alam


Sangat mudah untuk ke sini, ana melalui Lebuhraya Guthrie dari Rawang dan menghala ke Stadium Shah Alam kemudian ke Seksyen 7 yang berhampiran dengan kampus UiTM Shah Alam, ataupun berdekatan dengan I-City Shah Alam.Laman Seni terletak di deretan belakang kedai-kedai butik Fareeda,Pearl Haya, Sugarscarf dan tidak jauh dari bangunan Jakel.

Lokasi yang paling tepat untuk set GPS ialah di Jalan Plumbum Q 7\Q,Seksyen 7, Shah Alam.

Yang menarik di Laman Seni 

Program Pengindahan Lorong Belakang merupakan inisiatif pihak Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) untuk mengubah suasana lorong belakang khususnya di kawasan komersial menjadi kawasan yang selamat, bersih, indah dan boleh dilawati oleh pengunjung dan serta dijadikan lokasi penganjuran sebarang aktiviti yang bermanfaat. 


Lukisan mural ini dipilih melalui Pertandingan Laman Seni 7 Shah Alam yang mempertandingkan 4 jenis kategori iaitu ‘3D Painting’, ‘3D Installation’, ‘Street Furniture’ dan ‘Painting On Site’. 10 penyertaan terbaik dari setiap kategori dipilih ke peringkat akhir untuk dinilai dan diberi kebenaran untuk melaksanakan projek lukisan mural di Laman Seni 7 Shah Alam. Konsep lukisan mural ini bertemakan komuniti Shah Alam atau ‘Shah Alam community’, tarikan pelancongan atau ‘tourist attraction’ dan berkonsepkan kehijauan atau ‘green concept’.


Antara lukisan mural di Laman Seni S7

Disini ana kongsikan beberapa keping foto yang sempat ana rakamkan ketika berada di Laman Seni, Seksyen 7, Shah Alam .




























Turut di adakan pertunjukan permainan gasing dan tarian tradisional

Terdapat acara-acara permainan untuk kutipan amal

Pada pendapat ana, Laman Seni Seksyen 7, Shah Alam merupakan satu inisiatif yang baik dari pihak Majlis Perbandaran Shah Alam untuk mengindahkan lorong-lorong belakang di samping menghargai hasil-hasil seni lukisan mural yang sangat cantik dan berbakat di kalangan masyarakat sekitar.



~berkongsi info Laman Seni S7 disini~