Laman Seni Seksyen 7, Shah Alam
Laman Seni S7,Shah Alam
Lukisan mural di Laman Seni Seksyen 7 ,Shah Alam |
Menerusi aktiviti rutin kita sebagai blogger iaitu 'blogwalking', banyak perkongsian dan pengetahuan yang dapat kita perolehi selain dari mengenali blogger-blogger lain.Dari siri 'blogwalking' yang ana lakukan di setiap kesempatan masa yang terluang , ana mengetahui kewujudan tempat ini, Laman Seni Seksyen 7, Shah Alam.Sebuah lokasi yang sangat menarik untuk di kunjungi khasnya anak-anak remaja kita yang gemar 'berselfie' di samping melihat hasil seni mural dalam pelbagai bentuk dimensi yang menakjubkan.
Lokasi Laman Seni,Seksyen 7,Shah Alam
Sangat mudah untuk ke sini, ana melalui Lebuhraya Guthrie dari Rawang dan menghala ke Stadium Shah Alam kemudian ke Seksyen 7 yang berhampiran dengan kampus UiTM Shah Alam, ataupun berdekatan dengan I-City Shah Alam.Laman Seni terletak di deretan belakang kedai-kedai butik Fareeda,Pearl Haya, Sugarscarf dan tidak jauh dari bangunan Jakel.
Lokasi yang paling tepat untuk set GPS ialah di Jalan Plumbum Q 7\Q,Seksyen 7, Shah Alam.
Yang menarik di Laman Seni
Program Pengindahan Lorong Belakang merupakan inisiatif pihak Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) untuk mengubah suasana lorong belakang khususnya di kawasan komersial menjadi kawasan yang selamat, bersih, indah dan boleh dilawati oleh pengunjung dan serta dijadikan lokasi penganjuran sebarang aktiviti yang bermanfaat.
Lukisan mural ini dipilih melalui Pertandingan Laman Seni 7 Shah Alam yang mempertandingkan 4 jenis kategori iaitu ‘3D Painting’, ‘3D Installation’, ‘Street Furniture’ dan ‘Painting On Site’. 10 penyertaan terbaik dari setiap kategori dipilih ke peringkat akhir untuk dinilai dan diberi kebenaran untuk melaksanakan projek lukisan mural di Laman Seni 7 Shah Alam. Konsep lukisan mural ini bertemakan komuniti Shah Alam atau ‘Shah Alam community’, tarikan pelancongan atau ‘tourist attraction’ dan berkonsepkan kehijauan atau ‘green concept’.
Antara lukisan mural di Laman Seni S7
Disini ana kongsikan beberapa keping foto yang sempat ana rakamkan ketika berada di Laman Seni, Seksyen 7, Shah Alam .
Turut di adakan pertunjukan permainan gasing dan tarian tradisional |
Terdapat acara-acara permainan untuk kutipan amal |
Pada pendapat ana, Laman Seni Seksyen 7, Shah Alam merupakan satu inisiatif yang baik dari pihak Majlis Perbandaran Shah Alam untuk mengindahkan lorong-lorong belakang di samping menghargai hasil-hasil seni lukisan mural yang sangat cantik dan berbakat di kalangan masyarakat sekitar.
~berkongsi info Laman Seni S7 disini~
43 Comments
wahhhhh ada yer tmpt mcm ni d shah alam he3.... nmpk sgt x explore wpon dekat je kawasan tu dgn rumah...
ReplyDeletelia, kak ana pun tahu melalui entri2 rakan2 blogger khasnya Uzu cik emas putih yang cun melecun tu hehe..:)
DeleteAssalamualaikum Kak Ana..Selamat Pagi..
ReplyDeleteGud info..sebab sha pun suka mural2 kt dinding2 ni,,tp xbpeluang lg nk selfie ngn mural menarik nii...
waalaikumsalam adindaku Sha, kak ana jawab selamat malam lah ye sebab malam baru online ni hehe..Insyaa Allah ada kesempatan nanti Sha datang sini posing2 dengan zaryth ye..hehe :)
DeleteSebelum ni tengok pic kat IG kak ana sikit je. kat sini banyak & ada info sekali..tq akak share info ni..menarik tempat ni..
ReplyDeletekat IG tu intro je CP hehe..:)
Deleteoooooooo... kat sini la anak2 akak amek gmbr dlm IG tu yeeee... baru tau... hehe
ReplyDeletehaah wafee, kat sini lah depa duk posing2 ari tu hehe..:)
Deleteassalamualaikum kak ana wahh lama tak jenguk blog hehe...
ReplyDeletedulu tak hbs round shah alam. bear sangat tempat tu..tp pernah jugala photoshoot dekat area shah alam. lupa da apa nama tempat tu,lain kali nak jugala p sini hehe
Waalaikumsalam dik Liza, kat mana tu photoshootnya, mesti tempat yang cantik gak kan..yelah, lama gak menyepi dari blog kak ana faham Liza busy dgn tugas, IG dan Akim kan hehe..:)
DeleteCantik dan bagus sekali ada tempat yang sebegini terutama untuk anak-anak muda. Sekurang kurangnya mereka mendapat inspirasi untuk tujuan yamg baik.
ReplyDeleteBetul tu kak mala, disini pelbagai aktiviti seni berlangsung di hujung minggu, sangat menarik sambil2 tu boleh shoping2 tudung di butik2 berhampirannya hehe..:)
Deleteckp menarik & sgt2 kreatif ler diarong ni !
ReplyDeleteHanya mural2 yang memenangi peraduan yang di anjurkan di lukis disini KA, sangat kreatif :)
DeleteLama tak jalan jalan Shah Alam, InshaAllah kalo berkesempatan, tringin juga ke laman seni...
ReplyDeleteJom eMMe, kita posing2 kat sini dengan anak2 :)
Deletekkak ana,
ReplyDeletemenariknya....tq kak share info:)
dekat Penang pon ada mural mcm nie tapi semua kucing:)
laa ye ke Mieja, lagi best kan mural kucing2 comel .. :)
DeleteBelum berkesempatan untuk kesana....seronok kalau dapat lihat sendiri kan....
ReplyDeleteInsyaa Allah nanti ada rezeki Ozie bolehlah singgah ke sini.. :)
Deleteteringin nak pergi.. takde kesempatan lagi.. hihi
ReplyDeletetak pe Izzati Amira, ada kesempatan boleh aje ke sini nanti..:)
Deletecantik nye sis... teringin nk pegi...
ReplyDeletecantik untuk sessi bergambar eyda... jom jenjalan sini pula..:)
DeleteOoo, kat shah alam pun ada juga... berseni dan kreatif orang yang melukis mural ni... :)
ReplyDeleteada Nurul, memang kreatif lukisan2 mural disini :)
Deletekat machang,kelantan pun ade jugak macam ni.
ReplyDeleteyg ni dekat je ngan umah..shah alam jauh nak p..huhu
ya ada Nick, kak ana ada singgah satu blog yang share entri mural di Kelantan ni.. :)
DeleteRamai blogger dah pi sini.
ReplyDeleteSaya mula-mula baca ni kat blog Amy J.
Saya jugak yang belum pi.
Thanx share location & all the nice pics.
Doakan asben saya sihat.cepat boleh jalan.
Teringin sangat nak bawak anak pi sana.
Amin, semoga suami Shikin cepat2 sembuh hendaknya, Insyaa Allah nanti bolehlah ke sana, kak ana pun dapat info dari IG emas putih, cik Uzu kita..:)
DeleteSalam ana, rasa nak juga ambik gambar kat sini, tersangat cantik dan rupanya tak jauh daripada bangunan jakel ye. Kalau begitu bila pergi jakel kat sana bolehlah meronda kat lorong belakang ni. Tq ana share info.
ReplyDeleteYa aina, tak jauh dari Jakel tu.. belakang deretan shoplot butik Fareeda..ok nanti sambil shoping2 kat Jakel boleh berselfie ye..hehe :)
Deleteteringin jugak nak ke sini. kawan2 sume dah pernah pergi...
ReplyDeletetak pe Teena, nanti sampailah ke sini nanti :)
Deletebestnya tp amat jarang ke shah alam..jauh hihi..
ReplyDeleteOk suki kalau ada rezeki ke Shah Alam, bolehlah singgah sini pula kan :)
DeleteBestnya.. entah bilalah saya dapat sampai ke sana.. =)
ReplyDeletekalau ada rezeki satu hari nanti sampailah Faarihin :)
Deletedekat jer dgn rumah KY, tapi belum pernah lagi kesana. seronok juga baca review dari blogger lain..
ReplyDeleteKY kadang2 bila dekat tu lah yang payah nak sampai nya hehe :)
Deleteingatkan kat seksyen 2 jer ada
ReplyDeleteAda urusan di Shah Alam/Klang/USJ Subang Jaya i.e ADTEC, CIAST, WISMA GM, UITM, UNISEL, MSU, POLITEKNIK Shah Alam atau sebagainya. Tempahlah homestay kami yang berdekatan dengan harga murah & berpatutan (RM180/semalam) dan boleh layari INTERNET @ UNIFI percuma. Layari blog kami untuk info terkini di http://onlinebookinghomestay.blogspot.com
tq Admin Kbey :)
Deletewaktu operasi jam berapa nie ?
ReplyDelete