Dari Kampung Halamanku 3
Seperti biasa saat untuk balik ke kampung halaman di Teluk Intan, memang sangat dinantikan oleh ana dan anak-anak.Macam lama sangat dah tak balik walaupun baru awal bulan lepas telah ke sana untuk menghantar kak long mendaftar di UiTM Tapah.Kali ini, balik kampung untuk mengambil kak long sempena 'semesta-break' dua minggu.
Ketika berada di kampung, waktu itu musim hujan dan tak banyak aktiviti yang sempat kami lakukan.Macam selalu, paling penting bila berkumpul adik-beradik aktiviti utama kami ialah masak dan makan.Bertepatan pula minggu lepas berlangsungnya perlawanan akhir bola sepak piala AFF Suzuki antara Malaysia dengan Thailand, memang gamatlah rumah apabila ramai-ramai menyokong pasukan bola sepak tanahair.
Pagi Ahad tu, ana ke sekeliling rumah pusaka arwah Tok untuk melihat kuntuman-kuntuman segar selepas hujan.Tak banyak yang menguntum, namun kelopak mawar desa paling banyak berbunga.Disini ana kongsikan beberapa kuntuman yang mekar menghiasi laman rumah pusaka kami.
Sebelum ini ana juga pernah berkongsi kisah kampung halaman ana di SINI dan SINI .
~berkongsi keindahan alam ~
17 Comments
assalamualaikum ana...cantik2 semuanya...:)
ReplyDeletewaalaikumsalam mama, hehe bunga-bunga kan memang cantik2 ciptaanNya kan mama :)
DeleteSuka tengok bunga ros kampung yang berketul-ketul tu..terkenang dekat arwah mak yang memang suka sangat dengan bunga ros..
ReplyDeletesamalah dengan mak ana kak mala, suka dengan bunga ros kampung ni, dijaganya dengan baik sekali pokok2 bunga ros ni :)
DeleteTeman minat bunga, tp tak pandai tanam & menjaga nye.. -)..
ReplyDeletechegu minat tengok je lah ye hehe :)
Deletesalam pkenalan...
ReplyDeletecerah biji mata tengok benda2 cantik ni...
follower #766 ;-)
salam perkenalan juga Sham, tq so much nanti akan kak ana jejak kembali :)
DeleteBunga yang atas sekali tu 1st time Mrs. A tengok.
ReplyDeleteBunga tu agak 'rare' juga Mrs A, ada dua warna di kampung kak ana merah dan pink .
DeleteSalam Kak Ana, geram tengok bunga2 tu.. hehehe
ReplyDeleteMak saya pun dari Telok Intan.. di Labu Kubung (kalau tak salah la heheh) Selalu juga ke sana.
laa ye ke, ramai dah rakan blogger yang kak ana kenal berasal dari Teluk Intan, suka sangat hehe..Labu Kubung yes, kak ana tahu tempat tu tak jauh dari bandar Teluk Intan dah tu..:)
Deletekampung sis tak kena banjir ke
ReplyDeletesetakad hari ni, Alhamdulillah belum lagi ada kenaikan paras air disekitar rumah, sekadar hujan yang bertakung saja Suki :)
DeleteMemang best bangun pagi dapat tengok kehijauan alam..rindu kat kampung
ReplyDeleteAlhamdulillah, memang bersyukur masih ada kampung halaman mama :)
DeleteThanks for great information I used to be in search of this information for my mission.
ReplyDeleteáo lớp
http://ksvadl.com/khach-san-ha-noi
http://anhngubingo.com/su-kien-bingo
Sư trụ trì