Kabus

Kabus pagi di Janda Baik,Pahang

Menurut tafsiran wikipedia kabus ialah wap air yang berada dekat permukaan tanah terkondesasi dan menjadi seperti awan. Hal ini biasanya terbentuk kerana hawa dingin membuat wap air terkondensasi dan kadar kelembapan mendekati 100%.

Namun, ketika ini agak jarang lagi kabus muncul di subuh hening di sekitar kawasan perumahan kita kerana suhu dunia yang semakin panas walaupun diwaktu syuruk.Hanya kelihatan di kawasan tanah-tanah tinggi yang masih segar dengan kehijauan alam semujadi.

Rindu pada kehadiran kabus dingin di subuh hening yang menyapa pandangan yang sangat nian indah seperti waktu kami kecil-kecil dahulu di desa pinggiran. Kini yang sering muncul menyeliputi alam adalah jerebu, akibat dari kerakusan tangan-tangan manusia yang idamkan arus permodenan dan memenuhi keperluan sesama insan.

Barangkali suatu hari nanti, anak-anak kita tidak lagi melihat heningnya kabus pagi dan akan keliru antara kabus dan jerebu.Semoga bumi Allah ini akan kekal terpelihara dari kemusnahan yang amat dahsyat sehingga seolah-olah kita bakal bernafas dalam debu.


Kabus pagi di Cameron Highland

Kabus pagi di Bukit Larut,Taiping,Perak


~berkongsi yang indah-indah disini~