One City Skypark,USJ:


one city skypark usj
Pemandangan dari 'Rooftop' aras 10 , One City Skypark.


Gayat tak bila berada di atas tingkat 10 ,'rooftop' sebuah bangunan? Inilah satu pengalaman yang sangat menyeronokkan bagi ana dan anak-anak pada cuti perayaan Tahun Baru Cina yang lalu. Sememanglah dah lama mengetahui kewujudan One City Skrpark Mall ni dari perkongsian rakan-rakan blogger dan Instagramme. Macam selalu bila berjalan atau makan angin, kena tunggu Kak Long balik bercuti baru rasa lengkap keluarga kecil kami.

Apabila kita sampai di bangunan kompleks One City Skypark ,USJ ni, pergi ke ruang lobi untuk menaiki lif terus ke puncak 'Rooftop' bangunan yang terletak di tingkat 10. Dan apabila kita keluar dari lif, kita akan dihidangkan dengan sebuah pemandangan yang lain dari biasa, dipuncak bangunan tinggi. Di atas bumbung One City Skypark ini, terdapat banyak restoran untuk menjamu selera sambil menikmati panorama indah.Cuma ketika ana ke sini, hampir semuanya ditutup sempena cuti perayaan Tahun baru Cina.


'Rooftop' One City Skypark

Diruang tengah aras bumbung One City Skypark terdapat sebuah taman yang moden dan diantara lanskap taman ini, terdapat sebuah laluan 'Sky Walk' iaitu laluan kaca yang membolehkan kita melihat ke bawah ruang legar mall .


Disini, ana kongsikan beberapa pandangan indah yang sempat ana rakamkan semasa berada di puncak 'Rooftop' One City Skypark, USJ.

Dari sini kelihatan sebuah trek Go-cart





Manakala diruang legar bawah kompleks One City Skypark terdapat banyak 'outlet-outlet' membeli belah dan sebuah taman mini buatan yang comel.Sekitar ruang kompleks berkonsepkan taman dan dihiasi dengan lanskap tanaman dan pancuran air.Sangat mendamaikan.


Pandangan dari dalam mall ke atas 'rooftop'.

Bila kita berada di dalam 'mall', di tingkat bawah ruang legar,dan mendongak ke atas, akan kelihatan dari kaca lutsinar aktiviti orang yang berada di atas 'rooftop' berjalan-jalan.Namun sangat jauh dan kelihatan pergerakannya sahaja.


Ruang legar mall


Kompleks One City Skypark (Google Image)


~berkongsi tempat menarik disini~