Bestnya Berada Di 'RoofTop'
One City Skypark,USJ:
Pemandangan dari 'Rooftop' aras 10 , One City Skypark. |
Gayat tak bila berada di atas tingkat 10 ,'rooftop' sebuah bangunan? Inilah satu pengalaman yang sangat menyeronokkan bagi ana dan anak-anak pada cuti perayaan Tahun Baru Cina yang lalu. Sememanglah dah lama mengetahui kewujudan One City Skrpark Mall ni dari perkongsian rakan-rakan blogger dan Instagramme. Macam selalu bila berjalan atau makan angin, kena tunggu Kak Long balik bercuti baru rasa lengkap keluarga kecil kami.
Apabila kita sampai di bangunan kompleks One City Skypark ,USJ ni, pergi ke ruang lobi untuk menaiki lif terus ke puncak 'Rooftop' bangunan yang terletak di tingkat 10. Dan apabila kita keluar dari lif, kita akan dihidangkan dengan sebuah pemandangan yang lain dari biasa, dipuncak bangunan tinggi. Di atas bumbung One City Skypark ini, terdapat banyak restoran untuk menjamu selera sambil menikmati panorama indah.Cuma ketika ana ke sini, hampir semuanya ditutup sempena cuti perayaan Tahun baru Cina.
'Rooftop' One City Skypark |
Diruang tengah aras bumbung One City Skypark terdapat sebuah taman yang moden dan diantara lanskap taman ini, terdapat sebuah laluan 'Sky Walk' iaitu laluan kaca yang membolehkan kita melihat ke bawah ruang legar mall .
Disini, ana kongsikan beberapa pandangan indah yang sempat ana rakamkan semasa berada di puncak 'Rooftop' One City Skypark, USJ.
Dari sini kelihatan sebuah trek Go-cart |
Manakala diruang legar bawah kompleks One City Skypark terdapat banyak 'outlet-outlet' membeli belah dan sebuah taman mini buatan yang comel.Sekitar ruang kompleks berkonsepkan taman dan dihiasi dengan lanskap tanaman dan pancuran air.Sangat mendamaikan.
Pandangan dari dalam mall ke atas 'rooftop'. |
Bila kita berada di dalam 'mall', di tingkat bawah ruang legar,dan mendongak ke atas, akan kelihatan dari kaca lutsinar aktiviti orang yang berada di atas 'rooftop' berjalan-jalan.Namun sangat jauh dan kelihatan pergerakannya sahaja.
Ruang legar mall |
Kompleks One City Skypark (Google Image) |
~berkongsi tempat menarik disini~
40 Comments
stylo nya. tak pernah pergi lagi. blh try ni
ReplyDeletejom ezwan..gi posing2 kat atas rooftop ni :)
DeleteHahaha. Pernah cuba berdiri dekat transparent floor tu. Mak aih lain macam je rasa haha
ReplyDeleteGayat eh? Ehehe
DeleteGayat gak Irra, Pojie, orang kata kalau waktu malam lagi clear nampak mall kat bawah sebab lampu-lampu tu.. :)
DeleteDR mungkin suatu hari nanti sampailah ke sini kan..In Shaa Allah.
ReplyDeletewahhh kak ana dah pegi sini. jelessssss. hahhaha :P
ReplyDeletehaha sila jeles Nani huhu :)
Deletewah, best dan cantik pemandangan dari atas tu ya kak..
ReplyDeleteBest Wana..sesuatu yang uniklah bagi kak ana..:)
DeleteNak try jgk la. Tapi pas pantang la kot
ReplyDeleteerm Irra kena tunggu habis pantang nanti boleh posing berlima, In Shaa Allah..:)
Deletemenarik sekali, saya belum pernah lagi ke sana. Insha Allah, jika ada kesempatan, ingin sekali merasainya sendiri
ReplyDeleteboleh saja shameel, ada masa singgah ke sini pula, kita bertukar2 info di blog kan .
Deleteana jalan atas transparent floor tu tak ? :D
ReplyDeletejalan Hanis ... sebab tak berapa nampak bawah tu kalau tunduk baru nampak mall tu waktu siang.
Deleteboleh cuba try test gayat tak...dulu masa muda2 panjat pokok kelapa ok je...skrag tak tau la pulak.
ReplyDeletehaha tak gayatlah, setakad pokok kelapa dengan bangunan 10 tingkat je bezanya PCL hehe :)
Deletewahh lawanya pemandangan. tenang damai :D
ReplyDeleteCantik Kak Cik tapi masa ni panas sangat cuaca..lain kali kak ana nak datang malam lak..
DeleteBest la..hari tu tengok kat IG kak Ana je..
ReplyDeletehaah CP kat Ig gambar anak kak ana berposing kan hehe, nanti CP turun KL meh jenjalan sini lak ye :)
DeleteBest2 , been there. Sapa yang gayat memang tak feel la. Kedai makan kat situ pun marvelous!
ReplyDeleteKan Yan Ty, cuma masa kak ana ke sana semua restorannya tutup sempena CNY .
Deleteain tak sampai lagi kt rooftop ni..tgk kt tv je..
ReplyDeleteada ye kat tv, ok nanti kalau ada peluang ain gi sana ye :)
DeleteAna...kita pun pegi masa CNY baru ni tapi x naik atas sebab husband kata dia gayat hehe
ReplyDeletelaa Linda berselisih kut, alahai ruginya tak naik..hehe :)
Deletekalau atas bangunan takper... boleh lagi... jangan tergantung2... boleh keras kat situ... saya super gayat
ReplyDeletetaklah NA, duk atas lantai je..tapi kalau pandang ke bawah tu agak gayat lah sure tak tergantung punya .
Deletewaa...bestnya 'rooftop'. kat transparent floor tu orang bawah boleh nampak atas ke tidak?
ReplyDeleteboleh Mrs.A tapi don worry lah nampak halus je hehe mula2 risau gak kalau pakai skirt kan naya hehe tapi memang tak nampak objekpun nampak pergerakan sahaja.hehe
Deletegayat la kak ana :) nak pergi try la..macam best jer tempatnya :)
ReplyDeletetak lah Dayah, tak gayat sangat jom pi sini lak pasni kay. ajak anizz,lela,nani dan kak cik.
Deletegayat lah naik tempat tinggi Ana.tapi mcm best jer kan..
ReplyDeletetak gayat KY, best je jangan tengok bawah dah la hehe :)
DeleteAlahai...tak gayat ke Kak Ana?
ReplyDeleteTak ada lah Fuza, hehe :)
DeleteView dari atas memang cantik kan kak Ana.. mcm saya gayat sikit hehehe
ReplyDeleteNi kalau Eny yang ambil gambar pasti akan lebih menarik ni :)
Delete