Terkejut tak???Tiba-tiba semasa berjalan di pasar malam terpandang 'makhluk' ni terjelai kat tepi salah sebuah gerai.Mau tak terperanjat..mula-mula ingat kan harimau betul sebab dah lusuh , yelah kalau patung untuk di jual tu, mesti ramai lagi 'geng' dia bersidai ramai-ramai kat sana.Ini tidak 'dia' seekor je kat situ.

Entah apa motif peniaga tersebut tak tahu lah, nak tanya, dia sedang sibuk melayan pelanggannya.Yang pasti bukan ana dan adik Ika sahaja yang terkejut, ramai lagi yang lalu lalang kat situ turut sama terperanjat, ada yang melatah-latah lagi. Kelakar bila di ingatkan semula.Macam-macam gelagat umat manusia di muka bumi ini, yang pasti kita anggap ianya sebagai satu gurauan semata-mata.


~berkongsi kisah disini~