Cinderella Movie 2105


Ana dan anak-anak memang meminati kisah-kisah dongeng Inggeris yang popular seperti Cinderella, Sleeping Beauty, Snow White, Beauty and the Beast dan lain-lain lagi. Dari kecil lagi kedua-dua anak gadis ana sangat meminati watak-watak cantik puteri-puteri dongeng. Banyak koleksi buku-buku cerita, koleksi vcd dan juga sticker-sticker dari kisah fairy tales Inggeris menjadi sebahagian dari barang kesayangan mereka.


Memandangkan sekarang cuti sekolah dan hendak pergi bercuti pun agak ralat kerana kak along tiada bersama, hari ini ana menemani adik Ika menonton sebuah filem terkini di TGV iaitu kisah fairy tales Cinderella .





Secara peribadinya ana sangat suka dengan filem Cinderella kali ini.Tiada banyak perubahan dilakukan pada jalan cerita yang hampir 90 peratus sama dengan kisah asal dongeng fairy tales.Bermula dari waktu kecil kehidupan bahagia Ella bersama ibu bapanya yang penuh kasih sayang, sehinggalah kehilangan keduanya dan dianiaya ibu dan kakak tirinya.Kemudian pertemuan dengan Prince Chaming dan kisah fairy godmother, segalanya sangat indah dan menyentuh perasaan penonton.



Pengakhiran kisah yang happy ending, walaupun telah kita ketahui namun kerana babak-babak dan keindahan latar belakang filem yang sangat cantik dan menarik membuatkan setiap adengan terlalu istimewa dan begitu indah. Nilai kasih sayang, kekeluargaan, berbuat baik dan keberanian penuh dipaparkan dalam filem ini. Secara keseluruhannya ana dan adik Ika sangat berpuas hati dan seronok menonton filem ini dari mula hingga ke akhir tayangan.

Filem ini Disney ini membariskan pelakon-pelakon seperti Lily James (Cinderella), Richard Madden (Prince Charming), Cate Blanchett (Lady Tremaine),Helena Bonham Carter (Fairy Godmother),Holliday Grainger (Anastasia Tremaine),Sophie Mcshera (Drizella Tremaine),Hayley Atwell (Cinderella Mother) dan lain-lain lagi.Ana kongsikan disini beberapa adengan indah dari filem Cinderella dari carian di Google Image .

























~berkongsi kisah Cinderella di sini~