Cinderella Movie 2105


Ana dan anak-anak memang meminati kisah-kisah dongeng Inggeris yang popular seperti Cinderella, Sleeping Beauty, Snow White, Beauty and the Beast dan lain-lain lagi. Dari kecil lagi kedua-dua anak gadis ana sangat meminati watak-watak cantik puteri-puteri dongeng. Banyak koleksi buku-buku cerita, koleksi vcd dan juga sticker-sticker dari kisah fairy tales Inggeris menjadi sebahagian dari barang kesayangan mereka.


Memandangkan sekarang cuti sekolah dan hendak pergi bercuti pun agak ralat kerana kak along tiada bersama, hari ini ana menemani adik Ika menonton sebuah filem terkini di TGV iaitu kisah fairy tales Cinderella .





Secara peribadinya ana sangat suka dengan filem Cinderella kali ini.Tiada banyak perubahan dilakukan pada jalan cerita yang hampir 90 peratus sama dengan kisah asal dongeng fairy tales.Bermula dari waktu kecil kehidupan bahagia Ella bersama ibu bapanya yang penuh kasih sayang, sehinggalah kehilangan keduanya dan dianiaya ibu dan kakak tirinya.Kemudian pertemuan dengan Prince Chaming dan kisah fairy godmother, segalanya sangat indah dan menyentuh perasaan penonton.



Pengakhiran kisah yang happy ending, walaupun telah kita ketahui namun kerana babak-babak dan keindahan latar belakang filem yang sangat cantik dan menarik membuatkan setiap adengan terlalu istimewa dan begitu indah. Nilai kasih sayang, kekeluargaan, berbuat baik dan keberanian penuh dipaparkan dalam filem ini. Secara keseluruhannya ana dan adik Ika sangat berpuas hati dan seronok menonton filem ini dari mula hingga ke akhir tayangan.

Filem ini Disney ini membariskan pelakon-pelakon seperti Lily James (Cinderella), Richard Madden (Prince Charming), Cate Blanchett (Lady Tremaine),Helena Bonham Carter (Fairy Godmother),Holliday Grainger (Anastasia Tremaine),Sophie Mcshera (Drizella Tremaine),Hayley Atwell (Cinderella Mother) dan lain-lain lagi.Ana kongsikan disini beberapa adengan indah dari filem Cinderella dari carian di Google Image .

























~berkongsi kisah Cinderella di sini~

30 Comments

  1. teringin nak naik kuda laju laju..kat morib xda pulak..

    ReplyDelete
    Replies
    1. kuda laju kena jadi cowboylah PCL:)

      Delete
    2. dekat jelah kan Bonde Bagan Lalang dengan Morib ye :)

      Delete
  2. baru lepas tengok dengan officemate malam tadi..mmg best sangat..suka tgok ella dgan mr. kit..hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. seronok kan wanie,touching sgt adengan2nya.

      Delete
  3. alaa bestnya. aina tnggu download je. nk pi wayang memng mlepas lah. >.<

    ReplyDelete
    Replies
    1. tu lah aina,kak ana pun teringat anak sulung tak dpt tgk sama filem ni,nnt dia download jugak kut hihi

      Delete
  4. sy suke tgk cerita2 macam ni.. cantikk kann

    ReplyDelete
    Replies
    1. samalah dengan kak ana MM, sepanjang cerita ni cantik sangat latar belakangnya, sangat 'fairy tales'.

      Delete
  5. Replies
    1. memang best lah Lya, tanya Bonde, Bonde pun dah tengok hehe :)

      Delete
  6. cinderella dgn capalrela sama tak k.ana? :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. haha sama lah kut Wayne, adik beradik lain mak lain bapak :0

      Delete
  7. Ana, linda baru nak pegi esok InsyaAllah...excited terlebih dah ni hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Pi lah tengok Linda, memang best sangat kisah fairy tales ni :)

      Delete
  8. kesian anak saya minggu ni patut nya kami pun tengok filem ni tapi dia dah 4 hari terbaring demam...

    ReplyDelete
    Replies
    1. alahai, semoga cepat2 sembuh dan sempat pi nonton filem menarik ni DR :)

      Delete
  9. Richard Madden punya muka memang sesuai untuk watak-watak fairytale gini, encem :D
    Tapi movie ni Sha tak sempat tengok lagi. Kalau Kak Ana dah kata best, harus keluar jugak menengok ni :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Seronok sangatlah, touching sangat Sha, pi lah tengok,haah emang sesuai jadi Prince Charming tu :)

      Delete
  10. suka juga..lepas ni bole la gi tengok =)

    ReplyDelete
    Replies
    1. cepat Dayah sementara masih ada tayangan ni :)

      Delete
  11. lamanya tak tgk wayang..tunggu Furious 7 je ni

    ReplyDelete
    Replies
    1. kak ana pun jarang cuma kali ni teman kan anak, Fast and Furious 7 pun dalam list nak tonton this April :)

      Delete
  12. Replies
    1. Ok Mimin, esok pi tengok kay,kan kita cuti esok di EFG hehe :)

      Delete
  13. Bestkan kak Ana...
    Fatin suka sangat

    ReplyDelete
    Replies
    1. best sangat Bonde, sama dengan Adik Ika anak kak ana tu nangis dia hehe :)

      Delete