Entri pertama saya:

 

entri pertama anajingga
Entri pertama anajingga
Masih ingat tak lagi entri pertama yang mula-mula kita terbitkan di laman blog? Pernah tak sesekali buka dan baca semula? Apakah perasaan kita ketika membacanya semula? Mari kita singkap kembali entri pertama yang kita terbitkan di waktu mula-mula berjinak dengan dunia blog...

Erm... entri pertama ana ialah pada 14hb Mei 2012, kira-kira tiga tahun yang lepas.Mula menulis di blog sekadar berkongsi info tentang catatan perjalanan ke Taman Orkid di Kuala Lumpur. Bila baca semula hari ini, memang kelakar sangat rasanya.Maklumlah masa itu, menulis syok sendiri sahaja. Rasanya tiadapun orang baca. Mana tidaknya sekadar taip dan terbitkan.

Teknik SEO memang tak ada langsung.Follower pun belum wujud.Font ikut suka hati jelah.Foto pun sama, janji ada, tanpa caption dan saiz bersepah.Penulisan punya lah skema , sekarang pun skema juga rasanya.Bukan apa, cuma ana nak berkongsi info di blog, mana tahu mungkin ada yang singgah dari luar negara mudahlah untuk mereka translate ke bahasa mereka jika penggunaan bahasa yang betul.

Namun apa pun keburukan pada entri pertama inilah titik tolaknya penglibatan kita dalam dunia blogger. Hari demi hari, kita tahu apa itu blogwalking, teknik penulisan yang betul, teknik editing gambar, mencari follower dan seribu satu ilmu yang dipelajari dari sifu-sifu blogger yang terlebih awal menceburi bidang ini dan tidak pernah lokek dengan perkongsian ilmu.Cari sahaja tutorial dan dari situ kita belajar pelbagai ilmu blog untuk memantapkan entri dan mencantikkan blog.

Masa mula-mula berblog segala widget kita nak letak di blog.Akhirnya loading berjam-jam entri tak juga muncul. Dengan pelbagai tips yang dikongsikan oleh sifu blogger seperti saudara Hasrul Hassan, Yumida dan ramai lagi yang pernah ana singgah ,rasanya mutu blog kita semakin hari semakin dikunjungi.Carian di Search Engine juga banyak yang melekat.Alhamdulillah..setapak demi setapak kita  melangkah.

Kesimpulannya, apa juga bidang yang hendak kita ceburi, amat perlu untuk kita belajar dan terus belajar menimba ilmu yang berkaitan.Bila blog kita senang dijejaki, barulah perkongsian kita sampai kepada golongan sasar yang mencari info.Dan In Shaa Allah segala kebaikan yang kita sampaikan sedikit sebanyak membantu mereka di luar sana.Jangan malas untuk belajar dan tiada istilah terlambat dalam menuntut ilmu pelajaran.


~sertai kami di Exchange Feed Group ,sekiranya berminat untuk menambah ilmu dalam dunia blog, teknik-teknik SEO dan hampir kesemua ahli EFG telah mencapai SEO 100% disini. #EXCHANGEFEEDGROUPbukansembangkosong.~