Resepi Lala Bersos :


resepi lala bersos, lala bercili,lala goreng cili
Masak lala bersos

Dah lama juga tak masak lala ni, sejenis makanan laut yang sedap. Kadang-kadang payah juga nak dapatkan lala yang bersaiz besar. Kalau kecil-kecil tu memang tak berapa seronok nak masak, sebab isinya kecil sangat.Kebetulan semalam terjumpa lala bersaiz besar, ana masakkannya dengan resepi yang mudah dan ala-ala cincai, campak-campak je kata orang sekarang ni.

Pastikan sebelum memasak lala atau lain-lain makanan laut, kita membasuhnya dengan bersih.Ini kerana sering terdapat pasir didalam makanan laut.Basuh dan bilas banyak kali, baru kita masak bersama ramuan lain.

Bahan-bahan memasak lala bersos:

Bawang besar ( di mayang halus)
Bawang putih (di pecahkan )
Halia (di mayang halus)
Cili Kering ( di kisar )atau cili boh
Sebatang serai ( di pecah atau di titik )
Lala 
Sos tiram
Sos tomato
Sos Cili
garam (ikut rasa)

Cara-cara menyediakan lala bersos:

Tumiskan bawang besar, bawang putih, halia dan serai.
Masukkan cili kisar.
Masukkan kesemua sos di atas.Jika tiada salah satu pun memadai.
Masukkan sedikit air jika terlalu pekat.
Setelah mendidih, masukkan lala dan perasakan dengan garam.
Gaul rata sehingga masak dan tutup kan api
Sedia untuk hidangan.


~berkongsi resepi mudah disini ~