Drama siri Ayuni Safira (TV9):

Seperti biasa, slot Ratu di TV9 adalah antara slot drama siri kegemaran untuk ana tontoni setelah selesai semua urusan rumahtangga.Dengan berakhirnya drama siri Nasuha yang penuh air mata dan tangisan, slot Ratu di TV9 diisi pula oleh sebuah lagi drama siri adaptasi novel Hello My Slave karya Shuhadatul Ain Zakaria.Drama siri Ayuni Safira ini telah mula siarannya pada 9hb April yang lalu.Namun perubahan hari siaran mulai 17hb April slot Ratu di TV9 hanya bersiaran pada hari Jumaat jam 8:30 malam.

drama siri ayuni safira tv9



Pelakon utama Ayuni Safira:

Drama siri Ayuni Safira menerusi slot Ratu di TV9 menggandingkan beberapa pelakon terkenal tanahair mendukung watak-watak utama.

Siti Saleha sebagai Ayuni Safira
Aqasha sebagai Zafran
Maria Farida sebagai Emelda
Afiq Muiz sebagai Fakhri
Zarina Zainuddin sebagai Puan Sri Liana

Sinopsis drama siri Ayuni Safira :


 Mengisahkan Ayuni Safira yang disisihkan oleh ibu kandungnya (Emelda) kerana fitnah bapa tirinya (Fakhri).Ayuni Safira tinggal bersama keluarga angkat dan bekerja di sebuah cafe milik Puan Sri Liana.Sekembalinya anak Puan Sri Liana (Zafran) dari luar negara dan mengambil alih pengurusan cafe dan tercetus satu kemalangan akibat dari kecuaian Ayuni.

Kerana dendam lama Puan Sri Liana terhadap Emelda yang pernah menghancurkan rumahtangganya sebelum ini, memaksa Zafran untuk mengahwini Ayuni Safira.Perasaan benci dan dendam menguasai Puan Sri Liana dan Zafran untuk membalas dendam terhadap Ayuni Safira dan ibunya.Jom sama-sama kita ikuti drama siri dari slot Ratu di TV9 ini hingga ke hujungnya.







kredit foto: Google Image


~berkongsi info drama disini~
Drama bersiri 14 episod yang diarahkan oleh Khairul Amri dan skrip oleh Shuhadatul Ain Zakaria itu mengisahkan mengenai Ayuni (lakonan Siti Saleha), yang dibesarkan dengan perasaan benci oleh ibu kandungnya sendiri iaitu Emelda (Maria Farida), yang menjadi mangsa rogol. Emelda cuba melupakan masa silamnya itu dengan membenci Ayuni.

Selanjutnya di : http://www.bharian.com.my/node/47396
Drama bersiri 14 episod yang diarahkan oleh Khairul Amri dan skrip oleh Shuhadatul Ain Zakaria itu mengisahkan mengenai Ayuni (lakonan Siti Saleha), yang dibesarkan dengan perasaan benci oleh ibu kandungnya sendiri iaitu Emelda (Maria Farida), yang menjadi mangsa rogol. Emelda cuba melupakan masa silamnya itu dengan membenci Ayuni.

Selanjutnya di : http://www.bharian.com.my/node/47396

12 Comments

  1. ohh drama baru kan..hehehe acik belum pernah tgk..nnti cuba tgk 😄

    ReplyDelete
    Replies
    1. siri baru acik, entri trafik je ni haha :)

      Delete
  2. Jom layan ayuni kak ana... Suka tengok siti saleha berlakon...

    ReplyDelete
  3. belum pernah mengikuti rancangan ni. nnti nak tgok laa drama ni

    ReplyDelete
  4. Kak ana ...best ke ceritanya....

    ReplyDelete
  5. Replies
    1. rasanya baru episod ke tiga kut izzeyda :)

      Delete