Istiadat Pertabalan Sultan Perak ke 35 - 6 Mei 2015:

In Shaa Allah, tarikh 6hb Mei 2015 bakal melakar sajarah buat negeri kelahiran ana, Perak Darul Ridzuan.Sebagai anak jati Perak yang sangat sayang dan cintakan bumi bertuah ini, ana sangat bersyukur dan berbangga kerana sekali lagi bakal dapat menyaksikan adat gilang-gemilang pusaka Melayu Diraja Perak sempena pertabalan Sultan Perak yang ke 35, Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Sultan Perak Darul Ridzuan, Sultan Nazrin Muizzuddin Shah ibni Almarhum Sultan Azlan Muhibbuddin Shah Al-Maghfur-Lah.


pertabalan sultan perak ke 35



Menurut laporan Peraktoday.com ,Dewan Negara Perak yang bersidang kali ke 162 pada 22 November 2014 memaklumkan, Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Sultan Perak Darul Ridzuan, Sultan Nazrin Muizzuddin Shah ibni Almarhum Sultan Azlan Muhibbuddin Shah Al-Maghfur-Lah berkenan menetapkan lstiadat Pertabalan Sultan Perak ketiga puluh lima, dilangsungkan pada hari Rabu, 6 Mei 2015.

Menurut kenyataan yang dikeluarkan oleh Setiausaha Dewan Negara, Toh Amat Seri DiRaja Datuk Ayop Hashim hari ini, istiadat Tabal Adat akan berlangsung di Istana lskandariah Kuala Kangsar pada pagi 6 Mei 2015 diikuti dengan lstiadat Tabal Pusaka dan lstiadat Bersiram Tabal yang akan berlangsung pada malam 7 Mei 2015.

Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Sultan bersama Duli Yang Maha Mulia Raja Permaisuri selanjutnya akan berangkat menziarahi Makam makam Sultan Perak terdahulu, kemudiannya menghilir Sungai Perak dari Pasir Salak sehingga ke Teluk lntan. lstiadat pertabalan akan berakhir dengan keberangkatan Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Sultan Nazrin Muizzuddin Shah untuk mencecahkan kaki Baginda di Beting Beras Basah, tempat pertama Paduka Seri Sultan Muzaffar Shah I (Marhum Tanah Abang 1528-1549), Sultan Perak yang pertama, menjejakkan kaki ketika mula sampaidi bumi Perak.


balai gambang,pertabalan sultan Perak
Balai Gambang

Pelbagai acara sedang dirancang yang turut melibatkan keberangkatan Seri Paduka Baginda Yang Dipertuan Agong, Raja-Raja Pemerintah, Raja Muda dan Tengku Mahkota
serta kehadiran Yang Dipertua – Yang Dipertua Negeri, Perdana Menteri dan Ahli-ahli Jemaah Menteri serta Para Perwakilan Asing juga tetamu dari dalam dan luar negara.

Acara-acara berbentuk keagamaan dan acara-acara yang memberi peluang Baginda mendampingi rakyat yang melibatkan penyertaan rakyat jelata, warga emas, golongan
remaja dan pelajar akan dilaksanakan dalam tempoh masa sambutan lstiadat Pertabalan.


16 Comments

  1. wah...walaupun Sultan Perak tak nak sambut besar2an...tetap akan meriah jugak nanti kan...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Meriah juga nanti SA sebagai hari yang bersejarah buat rakyat negeri Perak DR

      Delete
  2. The most respectful Sultan Perak. Truly my fav :)

    ReplyDelete
  3. Replies
    1. KC lahir je kat Perak so tak dapat cuti kay..

      Delete
  4. Kak Ana, nanti Balai Gambang lalu belakang rumah MIL...boleh tgk kat situ jer...hehehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. wah untung lah Effa...bestnya nanti ambil pic kay up kat blog effa :)

      Delete
  5. daulat tuanku... best tgk pertabalan ceremony nih..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Haah Aami, bukan selalu dapat peluang menyaksikan upacara sebegini kan :)

      Delete
  6. Replies
    1. Cuti CN selang Selasa kerja, Rabu cuti semula :)

      Delete
  7. Replies
    1. tak pi mana2 Suki, sempat balik TI sekejap untuk wedding dua pupu pastu balik stay kat sini semula.

      Delete