Kuih Tradisional:Kuih Dangai

Salah satu lagi kuih tradisional warisan ibunda yang semakin terpinggir dek arus permodenan ialah kuih Dangai.Sedap di makan di waktu petang bersama hidangan kopi O panas.Cara penyediaannya pun sangat mudah.Jom kita kenali satu lagi resepi kuih tradisional kita.


kuih dangai



Resepi kuih Dangai:

Resepi ini ana pelajari secara teori daripada mak saudara kerana ana sendiri belum pernah mencubanya.Kuih ini memerlukan acuannya sendiri untuk membakar adunannya.
Untuk menyediakan kuih Dangai, gaulkan kelapa parut yang putih dengan sedikit garam.
Kemudian masukkan tepung pulut dan gaul rata sebati.
Masukkan adunan ke dalam acuan sehingga separuh.
Taburkan pula gula ke atas adunan tepung seratanya.
Kemudian masukkan separuh lagi adunan tepung sehingga memenuhi acuan tadi.
Bakar hingga kekuningan.
Siap untuk hidangan.

Acuan kuih Dangai :kredit foto,ariffida.blogspot.com


~selamat mencuba dan mengenali kuih tradisional kita~