Pelbagai Koleksi Fesyen Gelang Tangan;

Pelbagai jenis aksesori menjadi perhiasan gadis-gadis masa kini.Antara yang paling disukai ialah pelbagai fesyen gelang atau rantai tangan yang mempunyai macam-macam reka bentuk, warna dan jenis.Adik Ika mempunyai satu lagi hobi iaitu menyimpan koleksi pelbagai fesyen gelang tangan miliknya.Hari ini, ana kongsikan di sini antara koleksi fesyen gelang tangannya.


rantai tangan,gelang tangan



 

Wristband Rubber Bangles:

 

wristband rubber bangles

Koleksi gelang tangan yang diperbuat daripada getah dengan pelbagai warna yang menarik.

 

Loom Bands :


loom bands


Ini antara koleksi loom bands yang dibuatnya sendiri beberapa bulan yang lepas.Ia seolah-olah mengayam beberapa gelung getah kecil pelbagai warna disusun mengikut kreativiti sendiri.

Rantai tangan :


rantai tangan berbatu

Terdapat juga koleksi rantai-rantai tangan pelbagai jenis dan berbatu kecil yang menjadi sebahagian miliknya.Gantungan aksesori kecil yang comel sangat cantik bila digayakan oleh gadis-gadis remaja masa kini.

Gelang tangan DIY :

 


Ini pula gelang tangan yang dihasilkannya sendiri dengan bahan-bahan yang ada dirumah.Adik Ika amat berminat menghasilkan pelbagai aksesori mengikut kreativitinya. 





~berkongsi pelbagai fesyen gelang tangan disini~