Nota Purba

“Would you like to know your future?" If your answer is yes, think again. Not knowing is the greatest life motivator.

blog nota purba

Masa depan bukan kerja kita sebagai insan untuk menentukan, sebagai hambaNya kita disuruh berusaha, berdoa dan tawakkal dan apa yang bakal terjadi adalah urusanNya Yang Maha Esa. Kupasan yang dapat ana simpulkan dari secebis nota di sebuah blog seorang blogger yang ana panggil adik didalam keluarga besar Exchange Feed Group. Siapakah pemilik blog yang amat istimewa untuk ana ketengah hari ini?

Beliau ialah Fendi Rocka atau dikalangan adik beradik EFG dikenali sebagai FR.Unik - hanya satu FR didalam dunia blog, unik kerana FR menulis dengan nada yang amat santai namun isinya amat mendalam.Kisah yang disampaikan kisah lumrah harian namun mesejnya boleh menjadi pengajaran.Realiti kehidupan yang di ceritakan adakala suka, seram, sinis dan yang paling tak akan ana lupakan bila bercerita tentang Nota Purba ialah kelakar.

FR di alam maya yang kami kenali amat kelakar dengan gurauan-gurauan bersahaja dan sinis.Kalah Maharaja Lawak yang ada kalanya memang tak lawak pun.Nota Purba adalah FR dan FR mengisi Nota Purba dengan pelbagai genre penulisannya.Rugi jika tak singgah ke sana dan mengikuti setiap entri yang diterbitkan.Bak kata pepatah moden 'macam-macam ada'.

FR telah lebih awal di dunia blog sebelum anajingga lagi, cuma berhenti seketika kerana sebab-sebab teknikal katanya.Kini selepas menjadi sebahagian dari keluarga EFG ,FR kembali mewarnai dunia blog.Sokongan padu dan semangat yang kami keluarga besar EFG berikan di kalangan adik-beradik telah membakar semula semangat FR malah seluruh EFG untuk terus menulis dan berkongsi pelbagai kisah, pengalaman, informasi dan apa sahaja yang kami rasakan baik serta memberi manfaat kepada semua.

Di akhir kalam, kak ana doakan FR akan semakin banyakkan penulisan, ceriakan hari-hari kami di EFG dan semoga Nota Purba akan terus menjadi salah satu dari blog yang akan terus menyinar di dunia blogger.In Shaa Allah.Dan pada yang sedang membaca nukilan ana ketika ini, jom singgah ke NOTA PURBA dan rasai sendiri garapan perkongsian FR yang jarang kita temui di lain-lain niche blog.Semoga terus sukses buat Fendi Rocka dan Nota Purba akan kekal mewangi di alam cyber.Aminn.