Jambatan Ekstrem - Kusma Gyadi di Nepal
Jambatan Ekstrem Kusma Gyadi, Nepal
Agak berani tak nak merentasi laluan jambatan gantung yang panjang dan ekstrem sebegini? Kalau ana memang menggigil keras kat tengah-tengah jambatan tu lah agaknya.Tetapi ini lah hakikatnya yang terpaksa di tempuhi oleh penduduk sekitar Sungai Madi di Kusma, Nepal. Andainya inilah satu-satunya jalan penghubung penduduk dengan dunia luar, pasti bak kata pepatah alah bisa tegar biasa.
Kushma-Gyadi Bridge atau juga dipanggil Kushma-Katuwachaupari Bridge dan juga di kenali sebagai Modi River Bridge terletak di Kushma, Parbat, Nepal. Ketinggian jambatan gantung ini ialah 384 kaki atau 117 meter dan sepanjang 1,128 kaki atau 344 meter .Mula di bina mulai tahun 2008 dan siap sepenuhnya pada tahun 2010.
Jom ana kongsikan lagi beberapa keping foto dari sumber rujukan : http://highestbridges.com/wiki/index.php?title=Kusma-Gyadi_Bridge. Sambil tu , agak-agak berani tak untuk kita menempuh perjalanan di jambatan yang gayat sebegini.
9 Comments
assalamualaikum ana...selamat menyambut bulan Ramadhan n selamat berpuasa...:)
ReplyDeletewaalaikumsalam mama, terima kasih dan salam Ramadan buat mama juga :)
DeleteErk....kalau SA memang akan lalu sbb nak rasa macam mana kan lalu kat jambatan ni...tp akak terbayang macam2 la...boleh lari laju tak kalau lalu kat situ...
ReplyDeletenak nak sampai kat tengah2 tu SA mahu kecut perut haha :)
DeleteHuhuhu gayat ...camne laa nak habiskan perjalanan sampai ujung sana tuu yaaa..
ReplyDeletekan Lya haha :)
DeleteSalam... Wah... KeCut Perut tgk jambatannya.... Btw... Kak Ana telah ditagged tau....
ReplyDeletewasalam Cik La ok noted. tq dear :)
Deletesamalah kak ana pun DR :(
ReplyDelete