Photoshoot Baby Newborn
Gambar anak kucing comel
Jangan ingat anak-anak artis je nak berphotoshoot, anak kucing pun boleh juga nak buat sessi fotografi ni.Comel juga kan .Inilah aktiviti adik Ika dengan Kak Long semasa cuti sekolah ni.Tak aman tidur anak kucing kecil yang ditinggal ibunya dibelakang rumah kami, jadi bahan fotografi mereka.Macam-macam bahan disekitar ruang tamu dijadikan props.Baru sempat merakamkan beberapa keping anak kucing pun tersedar dan mula tak duduk diam.Sebenarnya anak kucing ni asalnya ada tiga beradik.Ibunya berwarna hitam dan rasanya adik beradik dengan Tam Cik yang pernah ana pelihara bersama Jingga dahulu.Cuma selepas kematian Jingga, Tam Cik dan Bunga, ana tidak lagi membela kucing di dalam rumah.Kami hanya memberi makan sahaja di luar belakang rumah jika ada kucing-kucing yang singgah.Beberapa hari lepas, anak kucing kecil ini, hanya tinggal seekor, mungkin yang dua tu pun dah mati agaknya.Dan yang satu nilah ibunya tinggalkan di belakang rumah.
Ibu kucing ni tetap menjaga anaknya dan meyusukannya.Cuma seolah-olah di tumpangkan di belakang rumah kami sahaja sebagai tempat perlindungan anaknya.Apa lagi , anak-anak ana memang sayang kucing dan dah lama tak bermain dengan anak kucing.Bila ayah mereka pergi kerja, pasti anak kucing ini akan jadi permainan Kak Long dan Adik Ika.Sehingga hari ini, anak kucing ini masih belum bernama, ada cadangan tak nak bagi nama apa pada anak kucing ni?Sehingga entri ini di terbitkan, anak-anak ana memanggil anak kucing ni dengan panggilan 'kecik' sahaja.
~berkongsi kisah anak kucing disini~
21 Comments
sama anak dara pcl , minat jugak ambik.gambar kucing.. , pokok, bunga..semualah
ReplyDeleteTu lah kerja anak-anak dara kak ana PCL, selain dari berselfie hihi :)
Deletejiwa perempuan sukar di ramal..aikk..hehehehe
Deletecumil..hehehe
ReplyDeletetq amir zahari, lama tak jengok kak ana ye hihi :)
Deletecomelnya anak kucing..kreatif juga anak2 awak..
ReplyDeletehaha anak-anak bila cuti sekolah macam2 kreativiti keluarkan DD :)
Deleteamboi..anak kucing pun ada photoshoot ye..tapi kan..
ReplyDeleteorang dulu-dulu cakap, jangan ambil gambar kucing nanti umur dia tak panjang..
haah Mar pernah juga kak ana dengar macam tu hihi :)
Deleteassalamualaikum ana...alorrr tomeyy nyer die...:)
ReplyDeletewaalaikumsalam mama, anak kucing kan comel2 semua mama :)
DeleteAnak kucing memang sangat comel tapi kalau dah berak merata-rata, macam nak sepak je..hehe
ReplyDeleteuii janganlah sian dia hihi :)
Deletehahahha kitten newborn pon ada photoshoot.. comellll
ReplyDeletekalau mommy eny yang buat photoshoot lagi cun kan hihi :)
Deleteamboiiii...!! macam artis u ollssss... hahahahaa... :)
ReplyDeleteretis la tu ain hihi :)
Deleteseronok nya jadi anak kucing tue..khaty pun tak dak photoshoot ,,ngee
ReplyDeletehihi dah hilang dah khaty anak kucing ni, mak dia bawa pindah entah mana dah :(
Deletewah bukan main photoshootnya hehehe. comel sangat kucing tu!! saya tumpang simpati atas kematian Jingga.
ReplyDeletenama? alamak, selalunya nama-nama ni, adik saya tau la.. saya suka nama Snow sebab saya suka putih. heheheh
terima kasih amy, tu lah sejak tu kak ana tak bela kucing dah laa ni ,sekadar main2 kat luar rumah sahaja lah..snow ye..klu putih semua sesuai kan :)
Delete