Nostalgia Kad Raya 

Era sambutan Hari Raya sekitar tahun 1990-an wajib ada kad raya sebagai pengganti diri. Dikalangan kawan-kawan sekolah ana paling banyak menerima kad ucapan Hari Raya dari pelbagai kaum.Seronok sungguh bila terima kad raya dan akan segera untuk membalasnya kembali.Kemudian kad-kad raya yang banyak ni akan digantung pada reranting pokok dan diletakkan diruang tamu rumah sebagai hiasan untuk menambah kemeriahan sambutan Aidil Fitri.

Paling disayang apabila menerima kiriman kad ucapan Hari Raya dari insan yang istimewa yang bertahta di hati ketika itu.Tulisan dan bait-bait kata-kata yang ditulis tangan akan kekal menjadi kenang-kenangan.Kad yang istimewa ni memang tak akan di gantunglah sebagai hiasan, namun disimpan di dalam diari sahaja dan akan di baca berulang kali bila bersendirian.

Kini semua itu telah menjadi kenang-kenangan ketika menghitung hadirnya Syawal. Bermula dengan aplikasi sms, kini lebih mudah dan murah dengan whatsapp, telegram, facebook dan pelbagi media sosial lain, kad hari raya semakin lupus menjadi salah satu medium sambutan Hari Raya.

Namun, Alhamdulillah masih ada yang rajin mengirimkan kan kad-kad ucapan Hari Raya masa kini.Antara yang aktif menghidupkan kembali nostalgia kad hari raya kini ialah dikalangan rakan-rakan blogger.Ada yang dengan bajet berlebihan mencetak sendiri kad-kad ucapan untuk dikirimkan buat rakan blogger yang lain.

Tahun ini juga, ana sempat mengirimkan empat belas keping kad Hari Raya buat adik-adik blogger dari keluarga EFG dan beberapa rakan blogger lain.Alhamdulillah ada yang telah selamat sampai dan ada yang masih dalam perjalanan agaknya, kelewatan.Dan ana sendiri menerima dua keping kad ucapan Hari Raya dari dua orang adik manis blogger Fuza Musa dari Sulaman Lace Heaven dan Nani dari Inanihazwani.com.Terima kasih dari kak ana .




2 Comments