Pokok Yang Sesuai di dalam rumah 

 



Syawal dah berakhir minggu lepas, dan memandangkan hari Sabtu lepas agak kelapangan, ana membersihkan rumah dan menukar semula hiasan dalaman seperti langsir, sarung kusyen dan alas meja selepas sambutan Hari Raya yang lalu.Macam selalulah aktiviti yang mencabar ialah mengelap pasu-pasu yang mula berhabuk selepas sebulan tidak berlap.Simpan semula balang kuih raya dan meja-meja yang ada ana gantikan bunga-bunga hiasan kepada pokok-pokok segar pula, supaya ada perubahan tema sedikit.


Kali ini ana memilih untuk menghias ruang dalaman rumah dengan pokok-pokok segar dalam pasu-pasu kecil. Selain dari mengubah pandangan dapat juga membekalkan lebih oksigen di dalam rumah kan. Dan hari ini, ana kongsikan buat pembaca anajingga.com beberapa idea untuk meletakkan pokok-pokok segar berpasu di ruang tamu dan ruang makan rumah kita.

Seperti gambar di atas, ana memilih pokok lidah jin yang tinggi dan berdaun panjang di meja kopi ruang tamu rumah.Ana memilihnya dengan saiz yang tinggi supaya memberi impak kepada ruang yang nampak kosong.Meja kopi kaca, ana alas dengan bidai buluh kecil yang sebelum ini ana gunakan sebagai 'table runner' di meja makan.



Sementara untuk meja makan pula, ana memilih pokok rerumput berdaun halus yang renek didalam pasu kecil supaya tidak menghalang pandangan dan memberi ruang di sudut meja makan.Kali ini ana tidak menggunakan alas meja tetapi menggantikannya dengan susunan empat keping 'table coaster' anyaman mengkuang dan sulaman songket hadiah dari jiran yang melancung ke Thailand baru-baru ini.Ia nampak sesuai dengan tema tradisional etnik yang banyak terdapat di ruang tamu rumah ana seperti hiasan pasu-pasu Sarawak dan elemen perabot kayu.



Ana juga menggunakan pokok yang sama untuk menambah seri ruang anjung rumah dengan meletakkannya di tengah-tengah meja kaca di apit dua kerusi sandar kayu.Berikut ana sertakan disini beberapa keping foto yang dipinjam dari Google Image pokok-pokok yang sesuai dijadikan hiasan di dalam rumah.Semoga dapat memberi sedikit sebanyak ilham untuk kita menghias rumah dengan gaya tersendiri.Cuma pastikan pokok-pokok yang kita pilih mudah untuk membersihkan habuk dan sesuai dengan pencahayaan yang kurang ketika di letakkan di dalam ruang tamu rumah nanti.















kredit foto-foto dari google Image:


~berkongsi idea hiasan dalaman rumah disini~