Cara Mudah Buat Fridge Magnet Sendiri




Ana memang pengumpul fridge magnet tegar.Setiap kali makan angin atau melawat tempat-tempat menarik pasti akan membeli fridge magnet sebagai tanda mata kenang-kenangan.Tambah seronok hobi koleksi ini mendapat sokongan dari adik-beradik,sepupu dan anak-anak buah serta jiran dan kenalan yang sama-sama akan menghadiahkan fridge magnet jika mereka juga melancung atau bercuti.Alhamdulillah, bahagia rasanya dikelilingi insan-insan yang menyayangi diri ini.

Selepas terbaca dan melihat beberapa tutorial di blog, ana cuba pula sendiri untuk menghasilkan fridge magnet.Sangat mudah dan senang sekali untuk membuat sendiri fridge magnet ni, tetapi bukanlah yang berbentuk cantik cuma fridge magnet 'simple' sahaja.Jom ana kongsikan disini.

Bahan yang diperlukan cuma sehelai kertas sticker atau 'sticker sheet' yang boleh dibeli di kedai buku, sekeping helaian magnet atau 'magnet sheet'.Ana membelinya di Daiso dengan harga RM5.30 termasuk gst.Kemudian bahan asas lain ialah gunting dan pembaris.


Bahan yang diperlukan untuk DIY Fridge Magnet

Cara-cara untuk membuat fridge magnet sendiri ialah sediakan reka bentuk atau design yang hendak digunakan sebagai motif fridge magnet tersebut.Kemudian cetak di atas helaian sticker atau 'sticker sheet' tadi.


Cetak design ke atas helaian sticker

Seterusnya lekatkan sahaja kepada kepingan magnet atau 'magnet sheet' dan pastikan ukurannya sesuai dan tepat supaya kita memperolehi bilangan kepingan magnet yang semaksima mungkin.Guna kan pembaris untuk membuat pembahagian.

lekatkan pada kepingan magnet

Akhir sekali potonglah ikut saiz yang dikehendaki dan siaplah lima keping fridge magnet mudah cara anajingga.com.Selamat mencuba.




~berkongsi idea kreatif disini~