Menu ini ana sajikan semasa majlis Hari Raya komuniti kejiranan rumah ana yang kami adakan secara pot luck minggu lepas.Memang meriah selain dari menu-menu utama, apabila di adakan secara potluck pastinya tersaji pelbagai jenis makanan sampingan dari jiran-jiran tetangga.Alhamdulillah, disamping menjalin silaturrahim sesama jiran dapat menjamu selera dengan pelbagai juadah enak.


Puding koktail berkuah

Resepi Puding Koktail

Bahan-bahan untuk puding kastad :


1 cawan tepung kastad
4 cawan air
1 cawan susu cair
3/4 cawan gula @ secukup rasa

Cara-cara:

Satukan semua bahan diatas didalam mangkuk adunan terlebih dahulu dan kacau sebati.
Masukkan kedalam periuk dan panaskan di atas api yang perlahan sambil mengacaunya selalu supaya tidak berketul.
Apabila ia mula meletus dan membeku padamkan api.
Masukkan ke dalam acuan atau loyang dan sejukkan.

Bahan untuk kuah:

1 tin susu cair
1 tin air (sukat dengan tin susu cair)
1 sudu teh esen vanila

Panaskan diatas api seketika supaya menjadi pekat sedikit dan sejukkan.

Bahan koktail

1 tin fruit koktel

Untuk menambah kesedapan ia sesuai di makan sejuk atau boleh juga dicampurkan dengan ketulan ais.


~berkongsi resepi mudah disini~