Strawberry Farm Genting Highland 


ladang strawberri genting highland
Genting Strawberry Leisure Farms

Makan angin sambil beraya ke Strawberry Farm di Genting Highland pula kali ini.Kenapa ana kata sambil beraya kerana kami ke sini dalam perjalanan ke rumah kakak ipar di Bentong,Pahang. Dah lama sebenarnya teringin singgah ke ladang strawberri di Genting Highland ni melalui pembacaan di blog rakan-rakan blogger. Baru dua minggu lepas ana dan keluarga kesampaian ke sini.Biasalah kalau nak makan angin kena tunggu kak long ada bersama baru rasa puas hati kan. Lokasinya pun tak jauh dari rumah dan boleh 'day trip' sahaja ke sini.



Lokasi ke Genting Strawberri Farm


Dari Rawang ana menggunakan laluan alternatif melalui Batang Kali untuk ke Genting Highland kerana jarak yang lebih dekat dan laluan yang lebih selesa.Pernah ana terbitkan entri di awal 2013 tentang jalan alternatif ke Genting Highland di SINI .

Ladang strawberri atau Genting Strawberry Farm ini terletak di No. 1, Lot 3707, Jalan Jati 2, Bandar Gohtong Jaya,, Genting Highlands, 69000 Genting Highlands, Pahang. Maknanya tidak perlu menaiki kereta kabel kerana ia hanya terletak di Gohtong Jaya sahaja, berhampiran hotel Seri Malaysia, Genting Highland.Waktu operasi pula setiap hari dari jam 9:00 pagi hingga 6:30 petang.

Harga tiket masuk ke Strawberri Farm Genting Highland ialah RM8 dewasa dan RM5 kanak-kanak.Agak berbaloi juga kerana kawasan ladang strawberri disini luas dan terdapat banyak taman yang boleh kita lawati.


ladang strawberri genting highland
Pintu masuk ke Strawberry Farm, Genting Highland

Strawberry Farm Genting Highland 


Memasuki sahaja ke ladang strawberri di sini, kita akan dapat melihat tanaman pokok strawberri yang subur dan sedang berbuah lebat.Aromanya sahaja sangat memikat dan jika ingin memetiknya juga dibenarkan, cuma kita akan dikenakan bayaran mengikut gram yang dipetik.Samalah seperti di Cameron Highland.Agak luas juga tanaman strawberri disini, tidak mengecewakan.



ladang strawberri genting highland



ladang strawberri genting highland



ladang strawberri genting highland


Terdapat juga jualan produk dari strawberri disini seperti ais krim,jeruk strawberri,buah strawberri segar dan macam-macam lagi.Cuma harganya memang agak mahal, al maklumlah Genting Highland kan.


Taman Lavender,Genting Highland


Selepas melalui ladang strawberri, kita akan sampai ke satu lagi lokasi yang tidak kurang juga menariknya iaitu taman lavender. Satu pemandangan lanskap yang indah berwarna warni memukau pandangan mata.Disini pastinya warna ungu mendominasi persekitaran di segarkan dengan haruman bunga-bunga lavender yang segar.






taman lavender genting highland



lavender genting highland









lavender genting highland








Selain dari dua taman utama disini, kita juga berpeluang memasuki taman cendawan atau 'mushroom farm'.Disini terdapat kaedah penanaman cendawan tiram dan terdapat jualan produk cendawan.Kemudian kita akan melalui 'Bee Farm' mini dan taman serangga. Pelbagai aktiviti juga terdapat disini seperti bergambar dengan ular dan burung kakak tua atau 'parrot'.


Sekali lagi yang menarik perhatian ana semasa berada disini ialah sebuah taman bunga ros dan pelbagai bunga-bungaan yang berwarna warni.Maha Suci Allah, sangat indah pemandangan disini yang sempat ana rakamkan buat pembaca anajingga.com.

















Inilah sahaja catatan perjalanan ana dan keluarga makan angin ke Strawberry Farm di Genting Highland.Sekarang ni jika teringin nak menikmati pemandangan indah seperti di kawasan tanah tinggi bolehlah ke sini sahaja kerana jarak yang lebih dekat dengan Lembah Klang dan bajet pun pastinya lebih murah.


~berkongsi tempat menarik disini~