Seperti tahun-tahun yang lepas, rezeki daging korban memang melimpah ruah buat kami sekeluarga di kampung halaman ana,Teluk Intan ni. Bila disatukan bahagian yang di terima oleh mak-mak saudara dan mak abah sendiri hampir lima enam kilo kami dapat kumpulkan.Selain dari di  masak untuk makan bersama seisi keluarga, petang Jumaat lalu, sebelum berangkat pulang ke Rawang, sepupu ana sempat menyediakan bahan-bahan untuk kami membuat beff steak dan di makan bersama keluarga yang ada.Sebagai rujukan ana di masa hadapan, ana abadikan di anajingga.com resepi homemade beef steak versi Hana dan Herry, sepupu kami.




Resepi homemade beef steak

 

Daging yang di perap sebelum di grill

Bahan-bahan yang diperap bersama potongan daging ialah sos tiram, sos lada hitam, bawang putih,halia dan kicap manis.Tambah bahan perasa seperti gula atau jika ada madu boleh gunakan madu dan garam.Perap beberapa jam sebelum mengrillnya di dalam peti sejuk.


Daging beef steak yang kami grill

Daging beef steak yang siap di grill kami hidangkan bersama kuah sosnya atau gravy.


Bahan-bahan untuk gravy beef steak


4 sudu black pepper sos
2 sudu lada hitam - di hancurkan
2 sudu kicap manis
1 kiub ayam
2 ulas bawang holland di dadu
sedikit tepung gandum untuk memekatkannya (jika perlu)

Tumis semua bahan di atas dengan mentega dan tambahkan air jika perlu mengikut kepekatan sos yang diingini.

Bahan-bahan untuk coleslaw

 



Untuk menyediakan coleslaw pula, kami menggunakan satu biji kobis dan sebiji lobak merah yang di parut halus atau dihiris halus.Campurkan mayo, susu pekat, gula dan sedikit garam untuk menambah perisanya.Sejukkan di dalam peti sejuk.

Bahan-bahan mashed potato

 



Beberapa biji kentang di potong empat dan direbus.Kemudian dilenyet hingga lembut.Campurkan sedikit mentega dan susu segar serta perisakan dengan garam dan lada sulah.Boleh juga di sajikan dengan gravy yang telah disediakan tadi.

Lengkaplah menu kami petang itu, beef steak bersama coleslaw dan mashed potato.Bagi yang tercari-cari idea untuk memasak daging korban sempena Hari Raya Aidil Adha ni, bolehlah mencuba resepi yang ana kongsikan disini.