Seperti tahun-tahun yang lepas, rezeki daging korban memang melimpah ruah buat kami sekeluarga di kampung halaman ana,Teluk Intan ni. Bila disatukan bahagian yang di terima oleh mak-mak saudara dan mak abah sendiri hampir lima enam kilo kami dapat kumpulkan.Selain dari di  masak untuk makan bersama seisi keluarga, petang Jumaat lalu, sebelum berangkat pulang ke Rawang, sepupu ana sempat menyediakan bahan-bahan untuk kami membuat beff steak dan di makan bersama keluarga yang ada.Sebagai rujukan ana di masa hadapan, ana abadikan di anajingga.com resepi homemade beef steak versi Hana dan Herry, sepupu kami.




Resepi homemade beef steak

 

Daging yang di perap sebelum di grill

Bahan-bahan yang diperap bersama potongan daging ialah sos tiram, sos lada hitam, bawang putih,halia dan kicap manis.Tambah bahan perasa seperti gula atau jika ada madu boleh gunakan madu dan garam.Perap beberapa jam sebelum mengrillnya di dalam peti sejuk.


Daging beef steak yang kami grill

Daging beef steak yang siap di grill kami hidangkan bersama kuah sosnya atau gravy.


Bahan-bahan untuk gravy beef steak


4 sudu black pepper sos
2 sudu lada hitam - di hancurkan
2 sudu kicap manis
1 kiub ayam
2 ulas bawang holland di dadu
sedikit tepung gandum untuk memekatkannya (jika perlu)

Tumis semua bahan di atas dengan mentega dan tambahkan air jika perlu mengikut kepekatan sos yang diingini.

Bahan-bahan untuk coleslaw

 



Untuk menyediakan coleslaw pula, kami menggunakan satu biji kobis dan sebiji lobak merah yang di parut halus atau dihiris halus.Campurkan mayo, susu pekat, gula dan sedikit garam untuk menambah perisanya.Sejukkan di dalam peti sejuk.

Bahan-bahan mashed potato

 



Beberapa biji kentang di potong empat dan direbus.Kemudian dilenyet hingga lembut.Campurkan sedikit mentega dan susu segar serta perisakan dengan garam dan lada sulah.Boleh juga di sajikan dengan gravy yang telah disediakan tadi.

Lengkaplah menu kami petang itu, beef steak bersama coleslaw dan mashed potato.Bagi yang tercari-cari idea untuk memasak daging korban sempena Hari Raya Aidil Adha ni, bolehlah mencuba resepi yang ana kongsikan disini.


44 Comments

  1. wah ana, macam sedap je beefsteak tu..
    anak2 kaknoor mmg fav sngt tu
    bila buat tu kdg sampai tak sempat nak snap gambar licin dikebas
    insya allah suatu hari boleh buat lagi ikut resepi ana ni..

    ReplyDelete
    Replies
    1. alaa malu lah kak noor, resepi kak noor lagi best tu hihi..ni ala-ala je kak :)

      Delete
  2. Mesti puas makan hasil masakan sendiri, kan? :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. haah kak cik, makan ramai-ramai lak tu seronok sangat :)

      Delete
  3. woww , msti sedap . tengok gambarpun dah terliur hehehe
    anyway , nice sharing ;)

    ReplyDelete
  4. Ya Allah sedapnya.... saya xberkesempatan nak mkn daging korban tahun ni Kak Ana..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ikhwan beraya di kampus ye, tak pe dulukan yang wajib ye ,all the best kay :)

      Delete
  5. Raya korban banyak daging kan kak Ana..mcm2 le nak buat..hehe..sedap ni..lain kali boleh try..ros hari ni buat beef patty ngan daging korban..hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. haah ros kena pelbagaikan supaya dapat kita habis seberapa segera kan, bagus juga idea ros buat beef patty tu :)

      Delete
  6. Bestnya resepi ni..thanks for the recipe

    ReplyDelete
  7. amboi kak ana.. ber beef steak .. memang raya sungguh la ni.. hiii... wani sekarang nak makan daging banyak2 sakit gusi huu

    ReplyDelete
    Replies
    1. cewah wani, raya aji western gituu ye, samalah wani, kak ana pun banyak makan daging sakit rahang mulut dah,banyak mengunyah agaknya hihi :)

      Delete
  8. yang part kuah tu x menahan terliur...huhu

    ReplyDelete
    Replies
    1. haha ye ke seri... nanti try lah buat ye :)

      Delete
  9. assalamualaikum ana...best juga buat sendiri ni kan...dpt mkn sepuas2nya...;)

    ReplyDelete
    Replies
    1. waalaikumsalam mama, haah mama buat sendiri puas makan bersama keluarga :)

      Delete
  10. sedapp ., wahh rajinnyaer buat sendiri beef steak tuuu ., ;p

    ReplyDelete
    Replies
    1. haah TL, dah ramai-ramai berkumpul di kampung makan lah aktiviti kami :)

      Delete
  11. sedapnya..teringin sudah umul kak anna

    ReplyDelete
    Replies
    1. ummul ada stok daging korban lagi boleh berbeef steak pula lepas ni :)

      Delete
  12. Telan liur tgok...gulp..sedapnyaaaaa...dah la SA mmg hantu grill2 ni

    ReplyDelete
    Replies
    1. SA nanti balik Somban ajak abah grill mengrill ye hihi :)

      Delete
  13. akak.. pm alamat please.. nak terjah rumah hahaha..

    ReplyDelete
    Replies
    1. alaaa CT ingatkan nak bagi cenderahati dari astolia tadi hihi :)

      Delete
  14. adoi.. trasa tekak ni nk makan malam malam ni...
    Jom singgah blog : Nurfuzie.com
    Jom singgah entry ni: Malaika Oil Produk Semulajadi terbaik untuk kulit
    dan juga entry ini Tawaran Iklan Di Blog Cik EN serendah RM10

    ReplyDelete
    Replies
    1. EN, malam-malam klu teringin kena pi restoran lah tak sempat nak home made dah hihi :)

      Delete
  15. Menarik nie, nanti Zumal nak try buat ^-^

    ReplyDelete
  16. sedap tu..

    tahun ni tak dapat daging korban.. sobbb

    anyway, thank you for the recipe kakkk...

    ReplyDelete
  17. Amboi kak ana sedap2 saja ni..nak jugak ak jugak nanti nak g umah kak ana laaa nak suruh kak ana buatkan

    ReplyDelete
    Replies
    1. erm boleh In Shaa Allah Lya, ada rezeki kita berjumpa ye :)

      Delete