Bagaimana menggunakan mesin coin deposit




Tabung unta adik Ika dah lama penuh, cuma belum ada masa nak hantar ke bank.Tabung ni sejak adik Ika berusia enam tahun  lagi dah memilikinya sehingga hari ini.Dia suka menabung duit syiling lebihan belanja sekolahnya dan mengambil masa jugalah hendak penuhTapi tak kisah lah kan, sikit-sikit, lama-lama bertambah juga dalam akuan simpanan.Sampai di bank, sekarang lebih mudah tak perlu ke kaunter kerana adanya mesin deposit wang syiling.Kira kali pertamalah untuk ana menggunakannya.

Mula-mula ana ke kaunter penyambut tetamu atau khidmat pelanggan untuk membuka kunci tabung,jika bukan dari tabung boleh terus ke mesin sahaja.Selepas membukanya kita ke mesin deposit wang syiling dan masukkan nombor akaun dan sahkan.Sama kaedahnya seperti mesin Cash Deposit (CDM) sahaja caranya.Ikut setiap arahan yang diberi dan curahkan wang syiling ke dalam ruang yang disediakan.

Mesin akan mengira jumlah wang syiling dan akan dipaparkan di skrin.Setelah selesai pengiraan dan penjumlahan satu resit akan dikeluarkan.Siap dan mudah kan.Teknologi masa kini semakin canggih dan boleh kurangkan masa menunggu nombor giliran di kaunter.





Di atas ialah peraturan dan maklumat mengenai mesin deposit syiling yang ana gunakan di Ambank Group.Bermakna deposit hanya akan dikreditkan di akaun kita selepas jam 6 petang hari yang sama.Simpan sahaja resit sebagai bukti transaksi.


~berkongsi pengalaman disini~