Pengalaman Pertama Menggunakan Coin Deposit
Bagaimana menggunakan mesin coin deposit
Tabung unta adik Ika dah lama penuh, cuma belum ada masa nak hantar ke bank.Tabung ni sejak adik Ika berusia enam tahun lagi dah memilikinya sehingga hari ini.Dia suka menabung duit syiling lebihan belanja sekolahnya dan mengambil masa jugalah hendak penuhTapi tak kisah lah kan, sikit-sikit, lama-lama bertambah juga dalam akuan simpanan.Sampai di bank, sekarang lebih mudah tak perlu ke kaunter kerana adanya mesin deposit wang syiling.Kira kali pertamalah untuk ana menggunakannya.
Mula-mula ana ke kaunter penyambut tetamu atau khidmat pelanggan untuk membuka kunci tabung,jika bukan dari tabung boleh terus ke mesin sahaja.Selepas membukanya kita ke mesin deposit wang syiling dan masukkan nombor akaun dan sahkan.Sama kaedahnya seperti mesin Cash Deposit (CDM) sahaja caranya.Ikut setiap arahan yang diberi dan curahkan wang syiling ke dalam ruang yang disediakan.
Mesin akan mengira jumlah wang syiling dan akan dipaparkan di skrin.Setelah selesai pengiraan dan penjumlahan satu resit akan dikeluarkan.Siap dan mudah kan.Teknologi masa kini semakin canggih dan boleh kurangkan masa menunggu nombor giliran di kaunter.
Di atas ialah peraturan dan maklumat mengenai mesin deposit syiling yang ana gunakan di Ambank Group.Bermakna deposit hanya akan dikreditkan di akaun kita selepas jam 6 petang hari yang sama.Simpan sahaja resit sebagai bukti transaksi.
~berkongsi pengalaman disini~
34 Comments
biasanya abam kena kumpul n kira sebelum tukarkan kpd duit kertas..
ReplyDeletesekarang tak perlu dah Abe Kie pii je bawa ke mesin deposdit tu hihi :)
DeleteRos until now simpan syiling..beberapa tahun kebelakangan ni je tambah simpan duit kertas rm5 dan rm1 tapi buat beli emas 999.9- pastu simpan kat bank..simpan duit dalam bentuk emas plak..hihihi tapi ros belum pernah guna mesin kat luar ni..biasa syiling anta masuk dalam je..
ReplyDeletewah bagus perancangan kewangan Ros ni ,Alhamdulillah pelaburan masa depan :)
DeleteWahhh.. Menarik..belum pernah guna ni.
ReplyDeletesemakin mudah Ayu Zan :)
Deleteuuuu k.ana kayaaaa. hehhee. tak penah guna lagi
ReplyDeletehaha Leylaaaaa duit siling je pun adoiiyai hihi :)
Deletewhoah... dulu byk simpan duit syiling. tapi abis dah guna. HAHAHA.lama lg la nak merasa guna coin deposit nih. tabung sekarang tak terisi dah.
ReplyDeletehaha ajim, kalau dah sesak guna je lah dulu kan, laen taun kita simpan balik haha :)
DeleteKat sini selalu rosak mesin coin deposit tu. Kena gi kaunter gak. Mujur ada kaunter khas untuk syiling.
ReplyDeleteoo ye ke CP, tak apa lah kan ada satu kaunter khas, lebih cepat sikit urusannya :)
DeleteCepat dan mudah.bagus.sedari kecil dilatih menabung..untuk masa depan kan kak ana..
ReplyDeleteIn Shaa Allah PC :)
Deletetak penah lg guna mesin coin ni..
ReplyDeletepasni boleh guna dah zatie :) bila nak simpan duit syiling :)
Delete1st time guna tahun lepas... boleh tahan blur jugak nak guna tu.. haha
ReplyDeletesamalah nizam, mula2 tu pelik gak lah nak guna haha :)
DeleteBaru tau ambank mesin deposit duit syiling :-)
ReplyDeleteAda nabihah :)
Deletewah banyaknya tu anaj..tahnia pandai jimat coin ni
ReplyDeletetabung anak tu Etuza :)
Deletebelum pernah guna..selalu duit siling kumpul then tukar di kedai runcit..hehee..
ReplyDeleteni untuk masukkan ke dalam akuan anak kak Mala :)
DeleteSelalu kalau kat Maybank Gombak, staff yg buatkan ...
ReplyDeletehaah Hani, dulu kat ambank pun staff yang buatkan di kaunter, sekaang ni kena buat sendiri di mesin deposit ni :)
DeleteNak guna mesin ni, syiling tu tak perlu kita asingkan ikut jumlah dia ye Kak Na. Boleh campur-campur je 10 sen, 50 sen gitu?
ReplyDeletetak perlu dah Sha, buh je semua dalam mesin tu, dia pandai asingkan sendiri nanti :)
Deletesyiling selalu khaty bawa tukar kat kedai runcit..dah asing siap2 dengan anak2 kat rumah
ReplyDeletetu kalau nak masukkan ke akaun je khaty gunakan mesin deposit ni hihi :)
DeleteUmmul pun xpnh gne..skrg tak ada alasan utk menyimpan kn kak anna..makin mudah..simpan walaupun 10sen sehari kn...
ReplyDeletebetul tu ummul, jom kita didik anak-anak tabiat menabung dari kecil lagi kan :)
DeleteSaya tak pernah guna lagi... selalu saya kira siap2 masukkan rm10-10... lps tu adik saya bawa pi kedai mkn... tanya nak tukar dak! Hahahah hasil yang dah jadi duit kertas tu baru saya masukkan dlm bank...
ReplyDeletehehe sekarang mudah dah nora bawa je bank kan :)
Delete