Kisah dongeng dari watak-watak animasi Fairy Tales Disney memang sinonim dengan lakaran wajah-wajah puteri-puteri raja yang cantik-cantik dan diakhiri dengan Happily Ever After ketika munculnya putera-putera raja yang kacak dan handsome.Ana antara penggemar filem atau buku karektor Fairy Tales yang menjadikannya sebahagian koleksi buku cerita anak-anak.Pernah tak kita bayangkan, andainya mereka ini benar-benar wujud, bagaimanakah rupa paras versi manusia pula kan?

Mendapat idea dari perkongsian Brightside.me, ana kongsikan di sini rupa paras putera-putera Disney versi manusia hasil ilustrasi pelukis Jirka Väätäinen , yang membayangkan wajah-wajah sebenar karektor hero kartun Disney dalam rupa manusia.Ermm rasanya lebih kacak daripada yang kartun kan.



Kenal tak watak dari karektor kisah dongeng mana ni ? Kalau peminat-peminat tegar kisah Fairy Tales Disney mesti kenal kan, kalau susah sangat cuba tanya anak-anak kecil khasnya yang gegirl ,pasti tahu kan.Inilah dia wajah Prince Eric dalam The Little Mermaid.


Prince Adam dari Beauty and the Beast

Prince Charming buah hati Cinderella

Ini pula encik Aladdin

John Smith hero si Pocahontas

Prince Phillip dalam Sleeping Beauty

Encik Tarzan

Encik Hercules

Ok dalam semua putera-putera atau hero-hero Disney ni, yang mana satu paling kacak dan menawan hati?Kalau pilihan ana pastilah hero cik Cinderella tu, Prince Charming..haha.Entri ini sekadar suka-suka sahaja, satu perkongsian yang ana buat sekadar hiburan.Kalau entri serius sahaja pun bosan juga kan,kita enjoy kay...

Entri ini khas buat princess Ika, Happy Birthday my girl, ibu sayang adik :)

Kredit foto-foto dan idea dari www.brightside.me