Resepi Petola Ular Tumis Berempah




Kadang-kadang memang buntu dah nak masak apa untuk menu harian di rumah.Selain dari lauk pauknya, menu sayuran pun buat kita para isteri dan ibu ni pening untuk bertukar selera.Ada kala hampir sama setiap hari dengan menu sayur seperti kobis, sawi, bayam, kangkung dan sebagainya. Minggu lepas, ketika ke pasar untuk membeli keperluan dapur, ana terpandang petola ular dan teringin pula nak masak tumis berempah ala-ala mamak style tu. Dan tengahari itu, terhasillah satu menu sayuran petola ular tumis berempah dan tak sangka suami dan anak-anak gemar pula memakannya ketika masih panas-panas lagi.Jom ana kongsikan resepi mudah ini.


Bahan-bahan petola ular tumis berempah


1 batang petola ular
3 ulas bawang merah
1 ulas bawang putih
sedikit udang kering
2 sudu rempah kari daging
1 biji telur
garam secukup rasa

Cara memasak petola ular tumis berempah


- Bersihkan petola ular dan potong kecil-kecil.Ana bahagikannya dua dahulu supaya lebih mudah di makan.
- Tumbuk bahan tumisan seperti bawang merah, bawang putih dan udang kering.
- Panaskan minyak, tumis kesemua bahan tumisan tadi hingga garing.
- Masukkan rempah daging dan campurkan sedikit air sekiranya terlalu kering.
- Masukkan hirisan petola ular dan biarkan sehingga masak.
- Pecahkan telur ke dalam bahan masakan tadi dan kacau sebati.
- Rasakan dengan garam dan sedia untuk hidangan.


kredit foto: Chiap-hup.com

Inilah rupa paras sayur petola ular bagi mereka yang tidak pernah mengenalinya.Ana mengikis lapisan luar kulit petola ular ini dengan pisau untuk membersihkannya sebelum di belah dua dan di hiris nipis-nipis. 

Selamat Mencuba.