Resepi Petola Ular Tumis Berempah




Kadang-kadang memang buntu dah nak masak apa untuk menu harian di rumah.Selain dari lauk pauknya, menu sayuran pun buat kita para isteri dan ibu ni pening untuk bertukar selera.Ada kala hampir sama setiap hari dengan menu sayur seperti kobis, sawi, bayam, kangkung dan sebagainya. Minggu lepas, ketika ke pasar untuk membeli keperluan dapur, ana terpandang petola ular dan teringin pula nak masak tumis berempah ala-ala mamak style tu. Dan tengahari itu, terhasillah satu menu sayuran petola ular tumis berempah dan tak sangka suami dan anak-anak gemar pula memakannya ketika masih panas-panas lagi.Jom ana kongsikan resepi mudah ini.


Bahan-bahan petola ular tumis berempah


1 batang petola ular
3 ulas bawang merah
1 ulas bawang putih
sedikit udang kering
2 sudu rempah kari daging
1 biji telur
garam secukup rasa

Cara memasak petola ular tumis berempah


- Bersihkan petola ular dan potong kecil-kecil.Ana bahagikannya dua dahulu supaya lebih mudah di makan.
- Tumbuk bahan tumisan seperti bawang merah, bawang putih dan udang kering.
- Panaskan minyak, tumis kesemua bahan tumisan tadi hingga garing.
- Masukkan rempah daging dan campurkan sedikit air sekiranya terlalu kering.
- Masukkan hirisan petola ular dan biarkan sehingga masak.
- Pecahkan telur ke dalam bahan masakan tadi dan kacau sebati.
- Rasakan dengan garam dan sedia untuk hidangan.


kredit foto: Chiap-hup.com

Inilah rupa paras sayur petola ular bagi mereka yang tidak pernah mengenalinya.Ana mengikis lapisan luar kulit petola ular ini dengan pisau untuk membersihkannya sebelum di belah dua dan di hiris nipis-nipis. 

Selamat Mencuba. 

28 Comments

  1. Salam, haaa sukaaa makan lauk ni, eh tp ni petola ular? selalu makan klw masakan mcm tu masak guna peria..eh ke sama? hahaha tgklah anak dara ni jarang ke dapur kan~ konfius semua, hehe :P

    ReplyDelete
    Replies
    1. Lynn peria pun boleh gak masak camni ..hihi sikit lagi kena turun ke dapur lah cik Lynn kita ni :)

      Delete
  2. Sedap ni kak ana..tumis air campur soon..kalau goreng macam kak ana tu PC ratah je..sayur habis dulu dari nasi..haha..

    ReplyDelete
    Replies
    1. wah PC suka ye, suami kak ana pun suka PC makan dengan roti je dia petang tu hihi :)

      Delete
  3. haritu sakit urat makan petola.. huhu

    ReplyDelete
  4. Nama je sudah menakutkan.. haha... Huhu.. Along tak makan sayur....

    ReplyDelete
    Replies
    1. deyy along, nama je rasanya sodaplah longgg ;;)

      Delete
  5. sedap sayur petola ular tumis berempah yg mak masak tuuu., ;p

    ReplyDelete
  6. Tajuk yang sangat menakutkan hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. aipp sayur lah tu SP bukan ular punya hihi :)

      Delete
  7. kak tak pernah pun makan petola ular ni. Serius, kalau tak cakap petola..kak mesti ingat Ana goreng peria ....

    ReplyDelete
    Replies
    1. hihi sebab lebih kurang masak peria pun macam ni gak kak mala kan :)

      Delete
  8. kaknoor belum prnah makan petola ni mcm tk berani hehee rasa macamana ni Ana

    ReplyDelete
    Replies
    1. rasanya manis kak noor, kalau peria dia pahit.. :)

      Delete
  9. Bunda jarang jumpa petola jenis ni...dan tak pernah masak pun...

    ReplyDelete
    Replies
    1. setengah kawasan susah nak jumpa agaknya Bunda :)

      Delete
  10. kaum india yang suka petola ini kan Ana.ky pun tak pernah makan..

    ReplyDelete
    Replies
    1. haah KY memang makanan orang india dan selalunya terdapat di restoran-restoran mamak :)

      Delete
  11. lama betol tak mkn masakan mcm ni kak...

    ReplyDelete
    Replies
    1. kan eyda sesekali kena tukar selera gak kan hihi :)

      Delete
  12. tak pernah cuba petola ni sebab biasa petola yang besau2 tu je jadi hidangan.

    ReplyDelete
    Replies
    1. petola tu kak ana tak pernah goreng selalu buat masak berkuah je aizamia3 :)

      Delete
  13. petola ular ni sayur kegemaran sejak kecik lagi... mak selalu msk... mcm2 style.. tp yg selalu goreng ngan telur... selain petola ular... labu air..timun... pun msk goreng ngan telur.. yg penting jgn lupa letak lada sulah.. sedap gilerrr... ank2 suka makan..

    ReplyDelete
    Replies
    1. alhamdulillah ainul, sedap kan makan macam ni selera sangat :)

      Delete