Pernah tengok? Pernah sentuh? Inilah rupa pokok duit-duit, yang melekat pada batang pokok kelapa sawit tu, yang halus-halus tu.. Kami di kampung dahulu yang panggilnya pokok duit-duit sebab bentuknya macam duit syiling kan..

Pagi tu semasa bersantai bersama suami di sebuah kawasan rekreasi, ana terpandang lilitan pokok duit-duit ni pada sebatang pokok kelapa sawit yang besar. Kembali mengimbas nostalgia ketika zaman kanak-kanak kami dahulu, ini lah antara bahan mainan kami. Gigih kupik daun dari pokok duit-duit ni dijadikan sebagai duit syiling untuk membeli belah di kedai runcit kononnya. Untuk wang kertasnya pula, kami gunakan daun bunga raya , makin lebar daun makin tinggilah nilainya.Ermm kenangan sungguh.

Kanak-kanak dahulu menggunakan persekitaran yang ada sekreatif yang mungkin mencipta ilusi sebagai bahan permainan. Macam-macam yang kami gunakan sebagai mainan dari tumbuh-tumbuhan hinggalah peralatan yang ada disekeliling rumah.Masih ana ingat, untuk main masak-masak, kuntuman bunga raya yang layu kami anggap ayam, bunga kuning yang halus-halus, tak ingat namanya ,kami buatkan sebagai mee segera, kelopak bunga bakung putih dijadikan senduk, manakala debunganya konon-konon serbuk kunyit sebab ia berwarna kuning dan  seribu satu kisah lagi, mencipta kenangan bermain masak-masak bersama sepupu di halaman rumah.

Inilah yang menjadi coretan kenang-kenangan silam.Jaun berbeza dengan peredaran arus permodenan masa kini.Ialah dunia semakin maju kan.. Tetapi bagi ana yang semakin hari semakin meniti usia setiap yang ada didepan mata, yang pasti akan membawa seribu satu kenangan untuk dikenangi semula, walaupun sekadar terpandang pokok duit-duit.





Untuk info sebenar tentang pokok duit-duit ni boleh lah ke: http://animhosnan.blogspot.my/2011/11/pokok-duit-duit.html . Lebih terperinci penerangannya dengan fakta yang betul. Kerana apa yang ingin ana kongsikan di ruang ini hanyalah secebis kenangan silam zaman kanak-kanak bermain dengan pokok duit-duit .