Kisah Pokok Duit-Duit
Pernah tengok? Pernah sentuh? Inilah rupa pokok duit-duit, yang melekat pada batang pokok kelapa sawit tu, yang halus-halus tu.. Kami di kampung dahulu yang panggilnya pokok duit-duit sebab bentuknya macam duit syiling kan..
Pagi tu semasa bersantai bersama suami di sebuah kawasan rekreasi, ana terpandang lilitan pokok duit-duit ni pada sebatang pokok kelapa sawit yang besar. Kembali mengimbas nostalgia ketika zaman kanak-kanak kami dahulu, ini lah antara bahan mainan kami. Gigih kupik daun dari pokok duit-duit ni dijadikan sebagai duit syiling untuk membeli belah di kedai runcit kononnya. Untuk wang kertasnya pula, kami gunakan daun bunga raya , makin lebar daun makin tinggilah nilainya.Ermm kenangan sungguh.
Kanak-kanak dahulu menggunakan persekitaran yang ada sekreatif yang mungkin mencipta ilusi sebagai bahan permainan. Macam-macam yang kami gunakan sebagai mainan dari tumbuh-tumbuhan hinggalah peralatan yang ada disekeliling rumah.Masih ana ingat, untuk main masak-masak, kuntuman bunga raya yang layu kami anggap ayam, bunga kuning yang halus-halus, tak ingat namanya ,kami buatkan sebagai mee segera, kelopak bunga bakung putih dijadikan senduk, manakala debunganya konon-konon serbuk kunyit sebab ia berwarna kuning dan seribu satu kisah lagi, mencipta kenangan bermain masak-masak bersama sepupu di halaman rumah.
Inilah yang menjadi coretan kenang-kenangan silam.Jaun berbeza dengan peredaran arus permodenan masa kini.Ialah dunia semakin maju kan.. Tetapi bagi ana yang semakin hari semakin meniti usia setiap yang ada didepan mata, yang pasti akan membawa seribu satu kenangan untuk dikenangi semula, walaupun sekadar terpandang pokok duit-duit.
Untuk info sebenar tentang pokok duit-duit ni boleh lah ke: http://animhosnan.blogspot.my/2011/11/pokok-duit-duit.html . Lebih terperinci penerangannya dengan fakta yang betul. Kerana apa yang ingin ana kongsikan di ruang ini hanyalah secebis kenangan silam zaman kanak-kanak bermain dengan pokok duit-duit .
34 Comments
Anak-anak sekarang hanya tahu bermain dengan gadget dan teknologi...
ReplyDeletezaman dah berubah kak cik :)
DeleteBudak-budak sekarang, kalau kita ajak ke tempat macam ni, semua taknak, kotor katanya..
ReplyDeletehaha ni kat taman rekreasi ejoy..tapi tak banyak dah pun lokasi yang ada pokok-pokok macam ni kan :)
DeleteZaman internet ramai sekadar tengok gambar melalui internet je la nampaknya..
ReplyDeletekan SP tak banyak yang diterokai dengan mata kasar sekarang ni :)
Deletemasa yang kecil tu kan, ada org cakap tu duit hantu hehee
ReplyDeletelaa ye ke Yana hihi hantu pun ada duit ye :)
Deleteteringat zaman kanak-kanak ribena dulu. Percaya bila orang kata pokok duit-duit ni boleh bagi rezeki.
ReplyDeleteOOo macam tu pula kisahnya CH hihi :)
DeleteKat kampong saya dulu2 pon byk pokok duit2 ni menumpang kak...tapi tak penah pulak saya main sebagai duit...kikiki...dedulu kiteorang gigih potong surat kabo sebagai duit...siap ada bank lagi time gaji separuh duit simpan dlm bank kenkonon....hahaha...kenangan yg terindah adalah zaman kanak2 :)
ReplyDeleteooo macam tu kreativiti Malinda, memang seronok kan mengimbas kenangan silam ni,semuanya indah-indah
DeleteZaman kanak-kanak memang best
Deletekan arz, cuba tanya cik puteri hihi :)
Deleteassalamualaikum ana...yer la dulu kecik2 suka main dgn pokok duit2 ni...skg ni susah pulak nak jumpa...:)
ReplyDeletewaalaikumsalam mama, kan mama sekarang ni jarang dah jumpa :)
DeleteBetul tu sekarang susah dah nak. Jumpa pokok ni
Deletehaah arz, kat kampung kak ana pun tak jumpa dah sebab dah tak ada pokok getah atau kelapa sawit :(
DeleteSamalah kita k. Ana masa kecik-kecik dulu jadi permainan poko duit-duit ni
ReplyDeletehihi kan Mrs A, sama lak kita ye suasana di kampung halaman memang camtu kan :)
Deletedah lama tak tengok pokok duit-duit ni... sy pun suka duk main daun duit-duit ni ni...
ReplyDeletetu lah sheila, lama tak jumpa ni pun kebetulan kak ana terpandang pagi tu :)
Deletebaru tuari wak amek gmbr pokok duit-duitan dan letak dlm blog., hehe2 mak ana x prasan keew
ReplyDeleteada ye wak.. terlepas pandang agaknya :)
DeleteDengan pokok duit2 ni la sejarah tercipta.. Hehehehe dimana bermulanya mummy belajaq memasak.. Hahhaaha
ReplyDeletehaa alaaa mommy buatlah satu entri kisah ni, macam best je nak baca ..:)
DeleteTeringat zaman masa kanak-kanak
ReplyDeletekan arz, memori terindah untuk dikenang :)
DeletePernah sekali di Pulau Pinang digemparkan dengan cerita puntianak, ruapanya pokok duit duit ini, cahaya bulan terkena pada daun ini dan nampak macam puntianak sedang bertenggek
ReplyDeletehihi seram gak tuu kalau nampak berjuntai malam-malam kan :)
Deletehahaha.. ea? kecik lagi kot time tu.. tak tau pasal cerita ni.. heee
DeleteGi tanya ARz cite sebenarnya Zaf :)
Deleteheh2.. teruja tengok pokok duit2 ni time kecik..
ReplyDeletetime tu pikir, alangkah indahnya duit boleh dipetik macam ni..
wah hebat imajinasi zaf kecik2 dulu kan :) hihi
Delete