Nasi Mmanggey Di Warung Cikgu,Bukit Puchong
Nasi Mmanggey Di Warung Cikgu,Bukit Puchong
Sabtu lepas kami ke Serdang melawat rakan baik suami yang di masukkan ke hospital. Selepas makan angin ke Putrajaya seketika kami singgah sekali lagi ke Warung Cikgu di Bukit Puchong untuk mencuba menu nasi mmanggey yang agak terkenal di media sosial masa kini. Jika sebelumnya ana pernah ceritakan makan colek ayam menu istimewa Warung Cikgu di bulan Ramadan di SINI , kali ini ana kongsikan pula kisah nasi mmanggey yang pertama kali ana nikmatinya.
Nasi Mmanggey di Warung Cikgu ni memang disajikan di dalam kertas bungkusan walaupun untuk makan di sini. Dan ianya satu-satu menu yang ada di waktu malam kerana menu-menu lain yang dipamerkan adalah mengikut waktu-waktu tertentu.Contohnya nasi lemak dan nasi berlauk untuk sajian sarapan pagi sahaja.Oleh itu, pengunjung yang datang ke Warung Cikgu untuk makan malam atau tengahari hanya ada pilihan nasi mmanggey ni sahaja.
Nasi Mmanggey di sertakan kuah kari ayam, sambal dan ayam goreng kunyit berempah yang di potong kecil-kecil. Dari segi rasa pada selera ana, biasa-biasa sahaja.Lebih kurang menu nasi kukus yang sering dijual di merata tempat. Sambal memang pedas dan untuk kanak-kanak lebih baik tidak meletakkannya ke dalam sajian yang di pesan. Disini semuanya layan diri, jadi kita perlu ke kaunter untuk mengambil makanan.
Harga untuk nasi mmanggey sebungkus hanya RM4.50 dan sangat berbaloi kerana ia memang mengenyangkan.Salah satu keistimewaan Warung Cikgu ialah menu air kelapa baldinya serta coconut shake yang teramat sedap. Sebaldi kecil air kelapa baldi ni boleh diminum untuk dua orang. Kita boleh memilih untuk menambah air gula dan ais batu atau minum air kelapa sahaja. Sedap sangat. Air kelapa baldi berharga RM 3.50 manakala coconut shake RM 3.
Warung Cikgu terletak No: 1, Jalan BP 6/7, Bandar Bukit Puchong, Selangor.Tanpa bantuan Waze atau GPS memang boleh sesat jika pertama kali ke sini. Namun bagi yang sudah biasa dengan lokasi ini tentu tidak ada sebarang masalah , In Shaa Allah.
42 Comments
uih...unik nama
ReplyDeletetu lah SRY unik kan :)
Deletelunch ni memang nak pi beli coconut shake pon kat situ..
ReplyDeletewah Zee duk dekat Puchong ye hihi :)
DeleteMacam2 tempat jenis air dibuat sekarang ye Ana..
ReplyDeleteAiskrim dalam tempurung lah..
Ni Baldi pulak.. memang unik..
Tak pernah mencuba nasi manggey ni..
Nak mencari juga ni :)
cubalah CH kalau dekat, di Sungai Buluh pun ada cawangannya nama Warung Kita
DeleteSalam singgah sini ana....uniknya nama minuman dia tu...air kelapa baldi...murah juga harga makanan kat warung cikgu ni ya...
ReplyDeleteterima kasih MD, haah murah lah kan harga menu disini :)
Deletetu nama Nasi Mmanggey... 1st time mummy dengaq.. hehhehe sodap ka? tapi mummy suka ayaq nyioq tu .. meleleh ayaq liuq..hehhehe
ReplyDeletenasi dia biasa je pada kak ana Mummy, tapi ayaq nyoq tuu memang sedappp :)
Deletehi sis ☺
ReplyDeleteI'm newbie and feel free to visit my page.
hv a nice day..
smartiesmoo.blogspot.kr
hye Amy... :)
Deletenasi berlauk tu sgt menggiurkan. makan masa nasi panas2. konfem x cukup. hehehehe
ReplyDeletehat tu kena datang pagi baru ada nafira hihi :) suka ye.. haha
Deletenama unik..rasa mesti sedapkan..macam memanggil je nak pi sana
ReplyDeletemai sini CP try nasi mmanggey..memanggil lah kut kan nama dia kasi adjust nampak unik sikit kut kak ana rasa :)
DeleteNak try. Cara diceritakan amat menarik selera. 2 hari dah panas ni sedap je basuh kain.
ReplyDeletekalau dekat boleh lah anis pi try..alahai kat sini area rumah kak ana ni hujan tapi apapun syukur alhamdulillah pagi sempat jemoq kain :)
DeleteNasi mmanggey minum air kelapa dalam baldi...mcm2 la ..hehee
ReplyDeletehihi tu lah kak Mala, strategi pemasaran sekarang ni perlu kreatif kan :)
DeleteUnik betul nama dia. Nasi mmanggey + air kelapa baldi. Menimbulkan perasaan ingin tahu betul, hehe :p
ReplyDeleteKan Sha, semakin keatif orang sekarang berniaga :)
Deletewak pon pestaim dengar nasi mmanggey nih., ;p
ReplyDeletepestaim ye wak, nanti boleh le cuba wak :)
DeleteMMMM ...... abc oreo nampak menatik....sedap tu...
ReplyDeletewah Fida aim hat ABC ye :)
DeleteAgaknya mana sedap coconut shake Klebang dgn warung Cikgu.
ReplyDeleteBunyinya macam nasi wanggey yg famous kat Ipoh.
haha lebih kurang je coconut shake ni Kak Zai, haah mula-mula ana ingatkan nasi vanggei kat Ipoh juga :)
Deleteterliur tgk cocunut shake tu..adesss...
ReplyDeletehaha sedap tu GO :)
DeleteSalam...
ReplyDeletetak jauh dr umah nur ni...nmpk sedap tu
terliur gak tgk coconur shake tuu
haa boleh lah cuba Qhaifa Nur :)
Deletesalam singgah .pepagi tengok post akak terliur aih
ReplyDeletehihi sabar ye Yana :)
Deleteceq tau Ipoh ada Nasi Vanggey je.. ni first time dengar Mmanggey ehehe..
ReplyDeletehiihii dekat dekat dah tu SYM :)
Deleteboleh cuba ni ....
ReplyDeletejom Suzie cuba nasi mmanggey pula :)
Deletesedap nasi manggey tu...tp bila makan dah rasa mcm nak bergaduh...pedas gila sambalnya tp x bole nak stop..layannn...dh konpius samada makan atau berjongging...peluh menitik2 kepedasan..rasa mcm nk mandi ngan air kelapa tu...heee terbaik laahhh kedai ni
ReplyDeletehehe kelakar baca komen Lori Kedah, tapi memang pedas sambal tu, Aj makan asingkan ke tepi takut gak berbahang bibir, tapi serius memang sempoi dan sedap hidangan nasi mmanggei tu kena pula dengan kelapa baldinya kan.. wow :)
DeleteLbh krg mcm nasi kak wok kan..
ReplyDeletenasi kak wok AJ belum pernah try lagi Maslinda :)
Delete