anajingga

Inilah header kesayangan ana, header ini baru pertengahan tahun 2015 ana gunakan. Kira barulah lagi, terima kasih kepada blogger masakan terkenal Eny Abdullah (www.enyabdullah.com ) yang telah mengajar dan membuat tutorial membuat header blog dengan Microsoft Excel. Dan dengan bantuan anak ana, Adik Ika terhasillah header yang simple dan ringkas ini sebagai penyeri www.anajingga.com. Jika pengikut setia ana sejak dari era anajingga.blogspot.com lagi pasti masih ingat dengan header klasik dan skema ana gunakan awal-awal dulu kan :) 


Header pertama ketika anajingga.blogspot.com 

Hari ini, ana ingin berkongsi sesuatu yang jarang ana kongsikan diblog.Bukan apa, blog anajingga.com hanyalah sebuah blog picisan sahaja. Tiada yang istimewa dan trafik bukanlah berpuluh ribu dalam sehari. Cuma ana rasa sangat gembira kerana perkongsian ana kebanyakkannya sampai pada pembaca atau pencari maklumat dari carian enjin di internet. Kebanyakkan entri yang ada dengan belajar dari sifu Hasrul Hassan, sedikit sebanyak melekat di muka pertama carian enjin. Inilah pentingnya penggunaan teknik mesra seo di dalam penulisan blog. Banyak tips dan panduan berguna boleh kita pelajari dari saudara Hasrul Hassan di www.hasrulhassan.com .Rajin-rajinlah mentelaah di sana.





Dari stat yang ada di dashboard  inilah antara entri yang banyak mendapat tempat di carian enjin setakad hari ni. Yang paling tinggi ialah Makanan Tradisional di Malaysia, di ikuti oleh Hiasan Rumah Tema Inggeris. Kemudian beberapa sinopsis drama-drama tempatan yang ana ikuti mengambil tempat dan juga entri-entri lain. 

Apa yang ana ingin nyatakan di sini, kebanyakkan entri yang tinggi kunjungan adalah entri bersifat umum dan bukan berciri personal.Dan walaupun niche blog ana adalah lifestyle blogger ( belajar dari Acik  www.akupenghibur.com ) namun hampir kesemua entri lebih kepada entri umum. Mungkin ini yang menjadikan kata kunci yang senang melekat ketika di cari.

Lagipun , ana sangat takut dan bimbang kalau-kalau perkongsian di anajingga.com boleh membawa keburukkan dan dosa seperti fitnah, mengaibkan orang dan sebagainya. Oleh itu, ana memilih untuk berkongsi sesuatu dari pengalaman ana sendiri yang mungkin memberi manfaat buat orang lain, In Shaa Allah. Alhamdulillah, sehingga hari ini, ana kerap mendapat feedback dari pembaca yang meninggalkan komen, pm di facebook, malah email mengucapkan terima kasih kerana dari entri ana dapat membantu mereka mendapatkan gambaran dan info. 

Entri makanan tradisional misalnya, ramai yang mencari di kalangan pelajar yang menyiapkan tugasan masing-masing.Pengalaman bercuti ke tempat-tempat menarik di tanahair yang ana kongsikan, dapat memberi gambaran sesuatu lokasi yang mereka ingin tujui. Begitu juga pengalaman makan di tempat-tempat yang pernah ana singgah, penginapan, resepi-resepi mudah,seni kreatif dan segalanya adalah dari catatan pengalaman ana sendiri. Walaupun UV dan PV tidak tinggi namun biarlah yang singgah dari perkongsian yang bermanfaat buat orang lain.

Semoga perkongsian demi perkongsian yang ada disini, adalah yang baik-baik dan memberi saham akhirat sedikit sebanyak buat ana kerana walau sebesar zarah sekali pun amalan kita pasti akan tercatat. In shaa Allah.Dan sering ana ingatkan diri sendiri, bahawa yang baik semuanya datang dari Allah swt dan segala kesilapan dan kealpaan adalah dari ana sendiri sebagai hambaNya yang kerdil ini. Waallahu a'lam ....