Sotong Masak Kicap 




Hari Sabtu ni selalunya ana jarang masak masakan yang berat-berat. Biasanya ana suka masak yang mudah dan simple. Untuk kali ini, ana sajikan menu sotong masak kicap yang ringkas. Ianya sangat mudah untuk disediakan dan tak kurang juga enak rasanya. Resepinya hanya menggunakan bahan yang sedai ada di dapur.

Resepi Sotong Masak Kicap


Bahan asasnya mestilah beberapa ekor sotong hitam yang dibersihkan terlebih dahulu. Bahan tumisannya, ana menggunakan beberapa biji bawang besar, bawang putih dan halia. Hiris kesemua bahan dan tumiskan ke dalam kuali. Masukkan lada sulah dan tuangkan sos cili. Masukkan kicap pekat manis dan sos tiram (jika ada). Akhir sekali masukkan sotong yang telah dibersihkan tadi.Rasakan dengan garam. Masakkan ini tidak perlu tambah air kerana sotong yang di masukkan tadi akan menambah kecairan masakan kita. Siap untuk satu menu hidangan yang sangat mudah dan cepat untuk disediakan.